Sunday, May 12, 2013

May 12, 2013

Trip Memancing Haruan Di Chaah, Segamat

Hari ini kami berpeluang mengikut Papa memancing haruan di Chaah Segamat. Sejujurnya aku tak pernah sampai kat sini, atau mungkin pernah lalu jer tapi tak pernah berhenti untuk makan atau jalan-jalan di sini, apa lagi kalau bermalam.

So dalam kepala otak aku gambaran lokasi tempat mancing ni adalah ladang kelapa sawit, tu pun sebab Papa yang cakap sebab ni memang antara port favorite mereka.

Kul 9.00 pagi tadi kami dan Papa dah menuju ke rumah Pak Cik Shaari di Sungai Petai untuk mengambilnya. Kemudian barulah kami bertolak menuju ke destinasi. Lebih kurang 1 jam gak perjalanan kami pun sampai ke pekan Yong Peng, Kami berhenti disebuah gerai untuk minum pagi. Kemudian membeli 2 pasang but getah untuk protection dari binatang bisa , ranting tajam dan sebagainya.

Kami meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke destinasi iaitu kawasan ladang sawit yang cukup luas.


Goreng pun sedap ni
Haruan pertama berjaya dinaikkan di Port 1

Kul 2 petang kami stop dulu tuk isi perut, kami menghala ke Utara ke pekan Chaah untuk menjamu selera. Kemudian kami menuju ke port baru. Aku hanya memutarkan stering aja mengikut arahan otai berdua ni. Memang tak sempat nak hafal jalan, aku harus berhati-hati memandu kerana takut bumber depan aku tersangkut.










Terlekatnya Sang biawak ni maka penutup lah trip memancing bersama otai berdua ni.. Dalam jam 5.30 petang kami bertolak keluar dari ladang kelapa sawit . Banyak lagi yang perlu kami pelajari untuk menjerat Raja Paya ni.. Apa yang terbukti, gewang atau katak tiruan tidak diperdulikan di sini erkkk...