Wednesday, March 28, 2012

March 28, 2012

Terbang Ke Negeri Di Bawah Bayu : Sabah



Alhamdulillah , kami selamat sampai ke semenanjung.. 24 march yang lepas aku ada seminar di Kota Kinabalu , Sabah . Jadi sambil snorkeling kita diving lah haha..  Kami bertolak ke Kota Kinabalu menggunakan penerbangan Air Asia awal sehari bagi membuat persedian untuk seminar. Kami bermalam di Best Western Kinabalu Daya Hotel.  Alhamdulilah seminar selesai dengan jayanya. Maka bermulalah trip untuk kami jelajah negeri di bawah bayu ini, Sabah bah.


24 March 2014 - Jesselton Point Waterfront & Pasar Malam Sinsuran

Seminar tamat dalam jam 5.00 petang, tapi aku lepak dengan peserta hingga ke jam 7.00 malam. Walaupun badan ni letih tapi hati aku memang puas.


Setiap pengunjung yang sampai ke Jesselton Point pasti akan bergambar di pintu gerbang ini




Deretan kedai makan di Jesselton Point Waterfront


Pasar Malam Sinsuran terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridian. Di sini kita boleh membeli pelbagai barang perhiasan yang diperbuat dari mutiara Sabah. Ada dua jenis mutiara, mutiara air tawar dan mutiara air masin. Mutiara air masin berbentuk bulat dan harganya mencecah ratusan ringgit, manakala mutiara air tawar berbentuk biji jagung ( tidak bulat ) , juga dikenali tempatan sebagai mutiara jagung. Harganya murah dan bergantung design barang perhiasan tersebut

Rambang mata Permysuri nak membeli
Ole-Ole dari KK


25 March 2012 - Rumah Terbalik di Talibong , Tamparuli , Rekreasi Stesen Mata Air Panas Poring & Pusat Rekreasi Ikan Kelah, "Tagal" Sungai Moroli

Lepas bersarapan di kedai mamak sederet dengan hotel tempat kami menginap, kami bersiap untuk terjah ke spot-spot yang menarik . Kami akan ke Rumah Terbalik yang terletak di Batu 21, Kg Talibong, Tamparuli . Kalau dari KK nak ke Kundasang pasti akan nampak rumah unik ni di bahu jalan.


Kami dah sampai !!
Kuatnya abang tu... !
Bayaran masuk untuk dewasa RM10 dan RM5 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
Nak masuk pun kene beratur tunggu giliran kerana terlalu ramai pengunjung
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Rekreasi Stesen Air Panas Poring di Ranau. Kami berhenti seketika untuk melihat pemandangan yang bagi kami ianya cukup indah.

Melakar kenangan berlatar belakangkan gunung kinabalu
 Kami meneruskan perjalanan setelah selesai menunaikan permintaan sang perut.





Di sini tak boleh berenang macam di Sungkai, hanya boleh berendam sahaja, itu pun terhad. Jam 7.00 malam kami bertolak pulang ke Hotel, untuk ke Pusat Rekreasi Ikan Kelah terpaksa kami lupakan kerana tak sempat.

26 March 2012 - Pulau Mamutik dan Manukan

Sebelum berangkat pulang ke semenanjung, kami cuba meluangkan masa melawat pulau-pulau berdekatan. Oleh kerana kekangan masa, kami hanya mampu melawat 2 dari 4 pulau iaitu Memutik dan Manukan














Water taxi
Restoren yang terdapat di Pulau Manukan


Indahnya ciptaan tuhan
Muka dah penat snorkeling

Tamatlah sesi melawat pulau


Masa untuk check out

Selamat tinggal Sabah.. ada rezki , kami ke mari lagi
Cenderahati dari 2 pulau yang kami lawati

Sejujurnya memang seronok bercuti di Sabah, negeri yang cantik , penduduk yang ramah dan sopan juga makannanya sedap dan murah. 4H3M pun tak cukup untuk pusing ke tempat-tempat yang menarik. Jika ada rezki dan umur panjang, kami pasti ke sini lagi

Monday, March 12, 2012

March 12, 2012

Majlis Sambutan Hari Lahir Mak, Angah, Ghani dan Dayah

Pada 10 March yang lepas kami telah menggadakan sambutan hari lahir yang paling ramai setakat ni iaitu untuk 4 orang yang diraikan, iaitu Mak, Angah , Ghani dan Dayah.. Hanya keluarga Along sahaja tak dapat pulang kerana commitment kerja.


















Sesi pemberian hadiah mengakhiri majlis. Semoga kalian semua dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dirahmati, AMIN.