Saturday, February 28, 2015

Asam Pedas Warisan Corner , Teluk Kemang , Port Dickson


Minggu ni kami bercuti ke Port Dickson dan akan menginap di Glory Beach Resort yang terletak di sebelah Lukut. Oleh kerana belum lunch lagi , Mama mencadangkan kami lunch di salah satu restoran asam pedas yang beroperasi berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang.

Asam Pedas Warisan Corner
Kami memilih Asam Pedas Warisan Corner untuk lunch kami hari ni. Sebenarnya ada beberapa lagi kedai yang sederet dengan kedai ni. Oleh kerana kedai ni kami belum mencuba dan signage nye nampak garang, so kami setuju cuba kat sini pula.


Asam Pedas Claypot 
Selain ready made untuk hidangan tengah hari , Asam Pedas Clatpot juga ada ditawarkan di sini. Antara jenis ikan yang ada ialah Merah, Jenahak, Parang, Mayong, Tenggiri, Pari, Kembong, Selar dan Keli. So pilihlah ikut kesesuaian anda. Tapi hari ini kami memilih asam pedas ikan jenahak , kembong dan pari.

Asam pedas ikan jenahak

Kalau nak cuba asam pedas di sini bolehlah ke : KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Untuk tempahan boleh hubungi : 012-3139280 Aslina


Sunday, February 22, 2015

Teratak Sri Indah,Telok Gong - Sapuan Family's Day - Hari ketiga & keempat


Malam ni kami akan mengadakan BBQ dan memandangkan aku takkan singgah rumah bila balik nanti , aku menjemput familyku untuk datang ke sini untuk diner sama. Dapatlah mereka ubati rindu pada Thaqif hehe..

Lepas aku membeli sarapan wat tambah-tambah yang sedia ada, aku terus ke pasar telok gong untuk mencari ikan untuk dibakar malam ni. Ramai gak yang sedang memilih ikan, semuanya orang seperti aku yang menginap di sini mencari ikan untuk dipanggang.

Pemandangan di belakang pasar Telok Gong
Aku membeli ikan merah , jenahak, bawal mas dan siakap, Udang dan sotong tiada pulak hari ini. So ikan jerlah. Dalam perjalanan pulang aku nasih berteka-teki cukup ke tidak lauk ni. Aku malas nak fikir banyak terus berhenti di bahu jalan untuk membeli ikan di gerai tepi jalan yang tak jauh dari pasar tadi. Ni mungkin tangkapan persendirian dan menjualnya sendiri.

Aku menambah beberapa ekor cencaru. Jumlah keseluruhan hampir RM200 untuk ikan sahaja. Mana taknya ikan merah pun hampir RM50 seekor huhu.. takpelah kita sendiri juga yang nak makan. Pujuk diri sendiri 


Sampai di rumah, budak-budak semua sedang mandi. Aku mesti selesaikan ikan-ikan ni dulu. Lepas habis cuci , Mama kunyit dan rempahkan ala kadar. Dah siap, aku hantar perapan ikan tersebut ke kedai runcit milik teratak ini juga untuk disimpan di dalam freezer.

Jika dulu mereka sediakan peti ais, tapi oleh kerana penyewa tidak menjaga kebersihan, mereka hentikan kemudahan tersebut dan dibenarkan menyimpan di kedai runcit mereka sahaja.


Petangnya tak tahu apa nak buat aku membawa anak-anak buahku jalan-jalan di pantai. Oleh kerana air sedang surut, maka kami dapatlah pergi ke banting-banting pasir yang wujud.

Rupa pantai yang sedang surut
Jam 5.00 petang aku dah start nyalakan api. Cukup punya susah. Angin dari laut dan darat cukup kuat. Penghadang pun dah keliling aku pasang, pun tak boleh-boleh juga. Abah pun tak putus asa menghidupkan api sampai tiub basikal nak habis dibuatnya.

Kami terpaksa mengalah, terpaksa menunggu angin kuat ini reda sikit. Lepas jam 6.00 petang baru kami berjaya hidupkan api. Lega !

Senja berlabuh | Pantai Telok Gong | 19:17:42 PM
8.30 malam baru aku selesai membakar, mujur baranya tahan lama, jadi tak perlu nak tambah arang lagi. Dalam 9.00 lebih baru keluargaku sampai. Hidangan pun dah siap, so terus makan jer lah sambil sembang-sembang.


Siput panjang 
Gambar selfie dari Sha cat. 
Mata Thaqif macam lebam kene tumbuklah..


 Hari keempat

Hari terakhir kami di Pantai Telok Gong , Kuala Sungai Baru. Paginya budak-budak tak lepaskan peluang untuk bermandi manda buat kali terakhir. Thaqif pun sama. Mama nak cuci pipi Thaqif dengan air laut biar pulih sepenuhnya.

Tamatlah percutian ekonomi kami ini 4H 3M. Kalau tak puas budak-budak ni mandi laut, tak tahulah nak cakap apa. Semoga kami semua dimurahkan rezki dan dilapangkan waktu pada akan datang untuk bercuti bersama-sama lagi AMIN..


sesi terakhir mandi laut sebelum berangkat pulang


Friday, February 20, 2015

Teratak Sri Indah,Telok Gong - Sapuan Family's Day - Hari kedua


Aku terjaga dari tidur bila keriuhan kedengaran. Maklumlah tidur lambak jer kat ruang tamu.. Lepas bersiap ala kadar aku ke kedai beli sarapan untuk tokok tambah sarapan sedia ada. Dah kenyang aku memikul joran mencari pak mertua aku. Entah dari pukul berapa ntah mertua dan biras aku ni dah keluar memancing.

Hampir sejam gak aku mancing, yang dapat hanyalah anak ikan sahaja, begitu juga mereka yang lain. Sebesar 2 jari pun tak berjaya dinaikkan. Ikan tidur lagi kot haha.



Hampir sejam gak aku mancing, yang dapat hanyalah anak ikan sahaja, begitu juga mereka yang lain. Sebesar 2 jari pun tak berjaya dinaikkan. Ikan tidur lagi kot haha.


Bila bot nelayan mendarat, aku dan yang lain sibuk menyibukkan diri tengok sama hasil tangkapan. Sayangnya mereka tak jual direct kepada kami , kami harus ke kedai yang telah memborong hasil tangkapan mereka ( mungkin juga ).


Lepas Jumaat aku dan Mama pergi ke pekan Masjid Tanah untuk membeli kek birthday. Mujur kedai uncle ni buka masa CNY ni, kalau tak ,tak tahu mana nak cari. Tapi sayang kek yang kami beli di kedai ini juga masa Family Day tahun 2013 dah dijual. Sedap kek tu. So aku belilah apa yang ada jer.



Lebih kurang jam 5 petang, kami mulakan perang di antara 2 kumpulan. Nemo vs Emas. Perang yang belum tamat sejak  family day di PD penghujung tahun lepas. Aktiviti dimulakan dengan sesi pembentangan mengenai logo dan bendera kumpulan masing-masing. Ala-ala kem gitu haha..

Seterusnya sambil menunggu cuaca redup kami meneruskan dengan aktiviti soalan mudah dan agak tricky sikit iaitu menyenaraikan seluruh daerah di Johor dan meneka imej yang terdapat di wang kertas baru.
Acara yang dinantikan , sukaneka pantai. Mujur cuaca baik, jadi kami dapat mengjayakannya. Acara yang paling unik kali ini adalah permainan makan bubur kacang. Permainan ini diilhamkan setelah kerisauan Mak pada bubur kacangnya yang terlalu banyak. Takut tak habis, so dari situ tercetuslah permainan ini. Lega hati Mak !


Jika nak dibandingkan dengan keadaan pantai di sini dengan di Chalet Deruan Ombak Pengkalan Balak memang banyak beza, tapi setiap chalet ada kelebihan masing-masing, dan bila dikira dari semua sudut,  di sini lagi sesuai untuk kami.

Sesi mencari Raja Gelek
Permainan hula hoop adalah penutup untuk sesi sukaneka ini. Raja gelek untuk tahun ini disandang oleh Encik Sapuan , Penghulu Sapuan Family's .

Kamilah Sapuan Family's
Thaqif dengan lagak ngerinya 
Mama pun nak juga...
Mengiringi senja berlabuh | Pantai Telok Gong

Malamnya pula kami mengadakan birthday party yang simple untuk Mak, Dayah dan Dedel. Selamat hari jadi semua, semoga kalian sihat tubuh badan, panjang umur, murah rezki dan bahagia dunia dan akhirat, AMIN..

Majlis tamat setelah jamuan ringkas dan penyampaian hadiah kepada ketua kumpulan. Masa untung memancing !!

Comel dan lucu anak Papa hehe
Birthday girls : Mak , Dayah & Dedel
Saat lagu happy birthday dinanyikan, walaupun sumbang tapi tetap meriah
Naib juara : Kumpulan Nemo | Pantang berundur sebelum berjuang
Juara : Kumpulan Emas | Kerana maruah kami setinggi emas


Thursday, February 19, 2015

Teratak Sri Indah,Telok Gong - Sapuan Family's Day - Hari pertama


7.30 pagi aku terjaga. Tengok Mama tengah menyibukkan diri dengan  urusannya. Aku terus pm di FB member cetak baju family day kami ni tuk memaklumkan yang biras aku akan ke kedainya dikulai untuk mengambil baju.

Agak lewat juga sebenarnya kami bertolak dari KD ke Melaka. Plan asalnya nak keluar dari sini seawal pukul 8.00 pagi , tapi dah pukul 9.00 pagi masih tak siap- siap kemas lagi. Entah apa ntah yang wat tak sempat, masa sungguh mencemburui kami agaknya.

Kul 9 lebih whatsapp masuk di group family menyatakan baju dah ambil. Fuh lega aku. Sebab tadi aku call berkali-kali dia tak angkat.

Jam 10 lebih kami bertolak, jalan agak lancar hinggalah memasuki Nilai, jalan jem juga, 1 jam kami tersangkut dari nilai ke port dickson. Bukan kaki jer lenguh layan clutch ngan break, telinga pun tersumbat dengar Thaqif menyanyi. Sabar jer lah..

Blok ini adalah chalet berkongsepkan homestay , terdapat 2 bilik tidur dan ruang dapur untuk memasak

Jam 1.30 petang kami sampai, tapi agak kecewa kerana pondok utama telah dimonopoli oleh penyewa yang telah sampai awal dari kami, siap ada yang tidur lagi tu haha. Aku terus ke kedai runcit untuk bertemu Intan bagi mendapatkan kunci sekaligus melangsaikan baki untuk 4H 3M percutian kami di sini.

Dah banyak perubahan dan penambahan berlaku di chalet ini. Kami memilih di sini kerana kami inginkan yang berkonsepkan homestay. Lambak jer semua haha.

Sebenarnya percutian ini adalah kesinambungan percutian kami di Premaland Resort & Convention Centre , Pantai Tanjung Biru Teluk Kemang Port Dickson November tahun lepas. Oleh kerana banyak aktiviti ketika itu tergendala disebabkan faktor hujan, maka kami rencanakan program yang baru dan hari ini lah penggantinya.

Blok baru merupakan bilik sesuai untuk 2 dewasa

Untuk melihat entri yang lama mengenai chalet ini bolehlah rujuk di :

1. Bercuti Bersama Family Melaka di Chalet Teratak Sri Indah , Telok Gong

2. Bersama Family Benut di Chalet Teratak Sri Indah , Telok Gong


Ruang untuk berbeku yang cukup selesa
Bilik mandi di luar turut disediakan
Keadaan persekitaran Chalet Teratak Sri Indah
Petangnya bila cuaca semakin redup, kami membawa Thaqif ke pantai untuk memperkenalkannya kepada pantai , pasir dan laut. Anakku Thaqif, inilah  pengalaman pertama kamu menjejak ke pantai memijak pasir dan mencecah air laut..

Papa dan Mama akan membawamu mengenali dunia lebih jauh
Reaksi Thaqif bila dijejakkan kakinya ke dalam air laut
Perenang hebat dari Sapuan Family's members
Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru | 19 Feb 2015 | 6:43 PM
Aku harap ada sebuah macam ni nanti di hari tua

Pada sebelah malamnya acara wajib yang dinanti-nantikan oleh semua. Majlis cabutan bertuah dan majlis tukar-tukar hadih. 

Hadiah cabutan bertuah
Majlis cabutan bertuah.
Hadiah sedia untuk bertukar tangan
Majlis tukar-tukar hadiah

Semestinya majlis ini dihiasi dengan gelak ketawa dari awal hinggalah ke akhir majlis. Cuma kali ini agak special sikit sebab bertema iaitu tema tekstil. Jadi apapun hadiah yang diberi wajib ada unsur tekstil di dalamnya.

Wednesday, February 11, 2015

QQ Baby Store - Kedai Barangan Bayi dan Ibu


Bila perut dah kenyang lunch di Restoran Ayam Penyet AP tadi, kami ke kedai yang Mama surprisekan aku. Kedai QQ Baby Store. Kata Mama kedai ni top jual online pakaian baby. So skang dah buka kedai kat sini , tu yang dia surprise dan nak surprisekan aku huhu.


Bila masuk ke dalamnya memang aku tak nafikan aku yang lelaki ni pun teruja dengan beraneka design yang dipamerkan. Yang penting murah-murah. Lehlah buat baju basahan.


Barang-barang yang lain juga agak murah seperti stroller, walker , rocker cuma bukan dari jenama yang terkenal.




Akhirnya Mama dapat 3 pasang baju untuk Thaqif dan sebuah rocker. Moga Thaqif setuju untuk duduk diam kat situ.

Yang berhajat nak shopping kat sini bolehlah ke alamat : No53,55,57 Jalan Nautika A U20/ A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor


Restoran Ayam Penyet AP, Sungai Buloh


Mama ajak aku ke Sungai Buloh, katanya nak bagi aku surprise. Masa on the way aku cuba meneka apa yang suprise yang Mama maksudkan, ternyata tidak tepat. Memang surprise dibuatnya. Bila dah jumpa kedainya barulah Mama jelaskan, rupanya kedai menjual pakaian bayi dan kanak-kanak yang hot dijual online, rupanya dah bukak kedai offline di sini. Memang suprise apa yang Mama nak surprise kan aku haha..

 
Tapi aku lagi tertarik dengan Restoran Ayam Penyet AP yang aku nampak tak jauh dari kedai tu. Oleh kerana perut pun dah lapar kami singgah makan di situ. Malas nak fikir lama-lama. Yang penting kedai ber air cond, Thaqif selesa.

Mama macam nak jawab exam la pulak
kaunter minuman
Kami order nasi ayam penyet biasanya saja
" Jomlah Papa shopping baju Thaqif !! "
Pipi Thaqif mendapat perhatian staffs di sini, ada yang mencadangkan letak susu kambing segar dan ada yang cadangkan letak gincu bibir dan tepung ubi. Kami mengiakannya saja.


Antara dekorasi yang terdapat di dalam restoran

Kalau nak cuba ayam penyet di sini bolehlah ke alamat :  Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor