Saturday, July 26, 2014

July 26, 2014

Berbuka Puasa Di Hotel Sentral Johor Bahru



Boleh dikatakan last minute gak plan ni... Setelah ditimbang tara , maka kami memilih Hotel Sentral Johor Bahru sebagai lokasi berbuka puasa pada 24 Julai 2014 yang lepas.

Pukul 4.00 petang kami ,mak abah dan Ela dah bertolak dari kampung menuju ke hotel, aku terpaksa gerak awal kerana tidak mahu tersangkut dalam jem. Nanti mengganggu urusan kerja online aku.

Kul 5.00 petang kami dah sampai dengan bantuan Papago, nampak gayanya kamilah pelanggan pertama yang sampai hehe.

Aku terus ke cafe untuk pengesahan meja. Bila semua dah confirm baru kami naik ke lobby hotel menunggu ahli keluarga yang lain tiba.
















Secara keseluruhannya makanan sini memuaskan, sepadan dengan harga yang ditawarkan. Dewasa RM 48.00 , warga emas RM 35 dan Kanak-kanak RM25. Jika pembelian dibuat sebelum 25 Jun 2014, hanya perlu membayar RM38 perpax. Beli 10 percuma 1 , tetapi hanya dewasa sahaja.

Side dish di sini memang sedap bagi aku contohnya mee kari dan bubur pulut hitam. Memang terbaik. Oh ya kambing bakar juga ada disediakan so memang berbaloi dengan wang anda.