Saturday, January 31, 2015

Vivo - American Pizza & Panini


Mama nak shopping barang-barang Thaqif . Mama bagi option samada Aeon Anggun Rawang atau Aeon Bukit Raja, semestinyalah aku pilih Rawang sebab aku agak selesa kat sini. Alasan yang tak cukup mantap haha.

Sampai jer, kami cari port makan dulu, yang penting agak selesa dan tidak terlalu bising sebab Thaqif ni selalu terkejut-terkejut bila dengar bunyi bising. So Vivo pilihan kami. Memang lama tak masuk Vivo ni. Tahun 2006 dulu selalu gaklah masuk masa dia baru buka di Terminal Bas Larkin, sekarang dah takde dah.

Vivo - American Pizza & Panini

Oleh kerana memang tak pernah makan kat sini, aku minta pelayan rekemenkan yang mana orang cakap sedap dan dia makan pun sedap. So dia cadangkan 2 menu untuk kami seperti di gambar kat bawah ni. Macam biasa slice cake untuk aku mesti ada, dan juga mengikut apa yang dicadangkan.

Chicken Parmigiana RM19.90
New York Fish & Chips RM18.90
New York Caramel Cheesecake RM 7.50
Portion yang besar dan memang sedap, memang puas hati makan. Cheese melekat kat tekak ni pun tak hilang lagi haha

Cawangan Vivo di Malaysian 
So cawangan yang terdekat dengan rumah kami ialah The curve.

Papa makan dulu , Mama layan Thaqif yer

Friday, January 30, 2015

Ini Kisah Kami Hari Ini


Memandangkan Anie ada di sini , lunch hari ini aku menjemput sekali adik aku Siti atau nama glam nya Sha Cat dan hubbynya Arie untuk buffet lunch di Restoran Che' Nor Cendol Madu - Buffet termurah di Malaysia. Sekaligus aku nak clearkan kupon diskaun yang ada sebelum hilang. RM10 , banyak gak tu hehe..

Kupon diskaun bernilai RM2 sekeping dari Che' Nor Cendol Madu
Petangnya Ani ke Sungai Buloh dengan Siti untuk membeli pokok bunga kertas yang dikirim Mak aku di Melaka. Manakala aku dan Mama membawa Thaqif ke Klinik pakar kanak-kanak di business centre sebelah rumah aku ni. Jalan kaki pun boleh. Risau gak bila tengok ruam/kurap susu ni semakin merebak.

Apalah salahnya buat yang proper sikit

Sampai jer rupanya kliniknya tutup. Adeh ! Hampir 2 tahun gak aku lalu lalang depan klinik ni masa office aku kat sebelahnya jer cuma di lot atas, tapi tak pernah amik tahu pun operation hours kat sini.
Sudahnya kami pulang ajer ke rumah.


Malamnya Mama mengajak kami makan di Bonjour Garden di Dataran Sunway. Kami pun dah lama tak makan di sini. Berkali-kali Mama pesan jangan terlebih order macam yang sebelum ni hehe.

Nampaknya tiada rezki Anie malam ni, dah tutup rupanya. Tak tahulah kalau dah pindah lot lain, aku pun malas nak google, so kami decided tuk makan area sini juga, akhirnya restoran makanan cina juga jadi pilihan,

Tetiba teringat kedai tom yam aku yang terpaksa kami tutup dulu. Sakitnya tuh di sini !

1st time makan ayam pandan di sini, memang sedap
Anak Papa dah bangun !

Thursday, January 29, 2015

Mr Steak House , Kota Damansara

Hari ni adik aku yang bongsu dari Melaka akan bermalam di sini selama 2 malam. Cuti sebelum memulakan kerja baru katanya.

So Mama ajak makan luar aja. Jadi aku decided nak cuba kat Mr Steak House di seksyen 6 Kota Damansara. Restoran yang baru dibuka November 2014.

Kota Damansara merupakan cawangan yang ke 3 Mr Steak House
Anak Papa dah mengantuk
Setiap meja dipenuhi pelanggan
Kedai yang berkonsepkan koboi
Buku menu Mr Steak House
Keratan akbar mengenai Mr Steak House
Chicken Merryland
Steak combo ( daging + kambing + udang )
Sizzling steak
Sedihnya bila dagingnya tak cukup masak !
Harga yang ditawarkan adalah mampu makan 

Yang berhajat nak ke sini boleh lah gps atau waze ke alamat No 27 , Grd floor Jln Cecawi PSB 6/19A , Seksyen 6 Kota Damansara PJ. 

Bagi aku rasanya biasa jer macam steak house yang lain , mungkin geram sebab daging tak cukup masak. Decorasi ala koboi yang unik serta keramahan pelayan melayan pelanggan merupakan satu kelebihan yang ada dan harus dikekalkan.



Sunday, January 25, 2015

Azhar Food - Agro Bazaar Rengit


Orang Pontian dan Batu Pahat memang cukup kenal dengan Azhar Food ni , sebuah kilang yang cukup terkenal menjual pelbagai jenis kerepek dan kuih raya. Kalau musim perayaan , memang sesaklah di sini mengalahkan kaunter bank mengeluarkan duit BR1M.


Beroperasi di  RU51 Jalan Besar Sri Bahrum, Jln Pontian, 831000 Rengit, Johor. Kalau datang dari arah Pontian, kedai ini disebelah  kiri dan sebaliknya jika dari arah Batu Pahat, ianya terletak disebelah kanan.

Kemudahan surau disediakan

Memang rambang mata jika ke sini, pelbagai kerepek , kuih raya, kek, asam jeruk ada dijual di sini.

Senarai harga dipapar jelas untuk mudah membuat perbandingan harga berdasarkan jenis dan berat

Masa degree dulu aku ada membuang kajian tentang IKS di Sepang, ternyata perniagaan sebegini mampu membuahkan pulangan yang tinggi .


Di sini anda boleh membeli secara borong dengan harga yang lebih murah


Camilan untuk di bawa pulang ke Kota Damansara
Semoga industri ini terus kekal , aku yakin selagi ada orang Jawa, makanan ringan sebegini tetap ada betul tak Mama ? Hehe..

Saturday, January 24, 2015

Nasi Lemak Wak Kentut, Adakah rasa sehebat namanya ?


Ketika kami berhenti di lampu isyarat semasa mencari jalan exit tol Kulai, aku ternampak sebuah kedai yang signage berlampunya bertulis " SELAMAT DATANG KE NASI LEMAK WAK KENTUT " Aku memberitahu kepada Mama tentang kedai ini. Kedai ini memang popular di Kulaijaya. Semasa aku masih bujang dan bekerja di Senai, memang agak kerap gak makan di sini, cuma seingat aku bukan Nasi Lemak Wak Kentut namanya. Entahlah !

Tiba-tiba semua di dalam kereta membuat keputusan drastik untuk ngeteh di sini. Wah baru je lunch ! Nampaknya Nasi Lemak Wak Kentut memang kuat plearisnya. Dah makan pun leh jadi lapar semula dibuatnya. Aku pun keluar dari lorong dan parking di tepi jalan membontoti kereta yang lain. Semestinya mereka juga pelanggan Nasi Lemak Wak Kentut.

Orang ramai dah mula beratur menunggu giliran
Nasi lemak yang digemari berbilang bangsa
Meja diseberang jalan sudah dipenuhi pelanggan
Lorong beratur menanti giliran
Lebih 150 ekor ayam sehari digunakan untuk memenuhi permintaan pelanggan ( Astro Awani Julai 2014 )
Mak juga tidak ketinggalan mengabdikan saat menikmati nasi lemak wak kentut
Kesedapan nasi lemak wak kentut terletak pada ayam goreng rempahnya
Nasi lemak wak kentut , bukan sekadar nasi lemak !
Cuba teka apa yang kurang ?
Walaupun baru lunch, kami tetap berjaya habiskan nasi lemak wak kentut

Menurut artikel yang disiarkan oleh Astro Awani pada Julai 2014, kedai ini telah beberapa kali menukar nama, namun pelanggan tempatan lebih gemar menggunakan nama ini sempena nama ayah pengusaha iaitu Hairolnizam yang telah mewarisi perniagaan ini dari ayahnya Wak Kentut.

Bagi penggemar nasi lemak ayam rempah, jangan ketinggalan untuk mencuba nasi lemak wak kentut yang terletak di Kulaijaya. Memang terbaik !

Johor Premium Outlets (JPO) - Kulaijaya


Ketika ingin mendapatkan rawatan chickenpox Thaqif di Hospital Colombia Asia , kononya lepas pemeriksaan, kami akan ke sini membawa Mak window shopping. Tapi tak sangka pulak anak bujangku Thaqif terpaksa ditahan wad. Maka terbantutlah kami nak ke sini.

Bila sebut JPO , orang Johor memang tidak asinglah nama ni, lebih-lebih lagi golongan yang berada dan kaki shopping. Jadi orang macam aku ni takat window shopping lehla kat sini huhu.

JPO ini terletak di Kulaijaya yang mana terdapat 130 outlet store yang menawarkan pelbagai pakaian rekaan fesyen, pakaian sukan, kasut, barang kemas & perhiasan, barangan kulit, produk kecantikan & wangian, perhiasan ruamh dan kafe & restoran.


JPO dibuka pada 11 Desember 2011

















Seorang peminat comel lentik ingin bergambar kenangan bersama kami
Food court JPO
Perut masing-masing dah lapar, tapi kami masih tak jumpa bayang food court , so oleh kerana ada nak pergi Aeon Kulaijaya maka kami decided tuk lunch di sana sahaja.

Masa nak bayar parking fee barulah aku terjumpa food court. Ah takpe lah.. lagipun ramai orang

Sampai jer kat Aeon , kami makan dulu.. memang dah lapar giler. Mana taknya pernah berjalan kat JPO tadi. Pusing punya pusing akhirnya Kenny Rogers gak yang jadi pillihan.

Kenny Rogers Roasters
Jemput tengok semua
Muka dah kenyang

Selesai shopping di sini, kami pun bergerak pulang...