• Azhar Food - Agro Bazaar Rengit


    Orang Pontian dan Batu Pahat memang cukup kenal dengan Azhar Food ni , sebuah kilang yang cukup terkenal menjual pelbagai jenis kerepek dan kuih raya. Kalau musim perayaan , memang sesaklah di sini mengalahkan kaunter bank mengeluarkan duit BR1M.


    Beroperasi di  RU51 Jalan Besar Sri Bahrum, Jln Pontian, 831000 Rengit, Johor. Kalau datang dari arah Pontian, kedai ini disebelah  kiri dan sebaliknya jika dari arah Batu Pahat, ianya terletak disebelah kanan.

    Kemudahan surau disediakan

    Memang rambang mata jika ke sini, pelbagai kerepek , kuih raya, kek, asam jeruk ada dijual di sini.

    Senarai harga dipapar jelas untuk mudah membuat perbandingan harga berdasarkan jenis dan berat

    Masa degree dulu aku ada membuang kajian tentang IKS di Sepang, ternyata perniagaan sebegini mampu membuahkan pulangan yang tinggi .


    Di sini anda boleh membeli secara borong dengan harga yang lebih murah


    Camilan untuk di bawa pulang ke Kota Damansara
    Semoga industri ini terus kekal , aku yakin selagi ada orang Jawa, makanan ringan sebegini tetap ada betul tak Mama ? Hehe..
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment