• Bercuti Bersama Family Melaka di Chalet Teratak Sri Indah , Telok Gong


    Cuti kali ni kami telah memilih Telok Gong, Kg Sungai Baru Melaka. Aku sendiri orang Melaka tak pernah lagi menyewa chalet area sini, Asik area pengkalan balak sahaja. Kali ni kita tukar amgin ke sini pula.

    Kami menyewa rumah batu 2 bilik sebelah pantai 3 hari 2 malam di Chalet Teratak Sri Indah. Kali ni aku nak rehatkan minda. Lagipun dah lama tak mancing. So aku sponsor chalet ni. Kenapa aku pilih umah ni ?








    Apa yang bagusnya rumah ini ialah: 

    1. ada kemudahan dapur dan boleh masak. 
    2. terletak di bibir pantai , tidak perlu menyemberang jalan seperti di Pengkalan Balak, so anak-anak kecil terselamat dari laluan kereta dan motorsikal
    3. kedai runcit di bahu jalan sahaja ( ownernya sendiri )
    4. kedai makan pun tak jauh leh jalan kaki,
    5. ada gerai yang menjual ikan segar , pasar segar pun dekat jer
    6. umpan pancing pun banyak dijual berdekatan
    7. Dapur BBQ disediakan untuk setiap bilik
    8. Pondok berlantai batu disediakan 

    Kami dari Kota Damansara sampai dulu. Yang lain sampai petang sikit lepas kerja. Petang tu aku didatangai seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan sewa bot mancing dan dia juga akan memandu membawa kami ke spot-spot cantik. Aku terus setuju, lagipun memang ini pun tujuan utama aku nak bercuti kali ini. Lepas bayar deposit, esok pagi nya dia akan datang membawa kami memancing mencari umpan.

    Sesi memancing mencari umpan
    Papa macam takde gaya nak memancing jer ni ...
    Ini bukan tekong tapi ini Angah
    Safety jacket tidak dilupakan
    Kami pergi dulu !!
    Inilah istana pasir hasil tangan Ani dan Teha

    Nampak tak bot kami ?
    Ini jer ke kemampuan kalian berdua ?
    Mancing umpan pun gagal camne nak mancing ikan?
    Malam ni ikan besar punya !!
    Ternyata kami gagal memenuhkan tong untuk umpan malam ni. Sementara itu tekong dengan baik hati membawa insan-insan yang tertinggal tadi jalan-jalan di laut..


    Pandangan dari atas bot ke chalet kami

    Teha teringat ayam masak kicapnyer

    Ani dengan gaya favoritenye 

    Inilah tuan empunya bot

    Bila nak balik ni?
    Kami berjaya !!
    Lepas Isya' kami telah keluar memancing, hinggalah jam 7 pagi , sekor pun tak dapat haha...






    Tengah hari nya kami check out seperti biasa meninggalkan pengalaman mancing yang tak dapat-dapat
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment