• Terbang Ke Negeri Di Bawah Bayu : Sabah



    Alhamdulillah , kami selamat sampai ke semenanjung.. 24 march yang lepas aku ada seminar di Kota Kinabalu , Sabah . Jadi sambil snorkeling kita diving lah haha..  Kami bertolak ke Kota Kinabalu menggunakan penerbangan Air Asia awal sehari bagi membuat persedian untuk seminar. Kami bermalam di Best Western Kinabalu Daya Hotel.  Alhamdulilah seminar selesai dengan jayanya. Maka bermulalah trip untuk kami jelajah negeri di bawah bayu ini, Sabah bah.


    24 March 2014 - Jesselton Point Waterfront & Pasar Malam Sinsuran

    Seminar tamat dalam jam 5.00 petang, tapi aku lepak dengan peserta hingga ke jam 7.00 malam. Walaupun badan ni letih tapi hati aku memang puas.


    Setiap pengunjung yang sampai ke Jesselton Point pasti akan bergambar di pintu gerbang ini




    Deretan kedai makan di Jesselton Point Waterfront


    Pasar Malam Sinsuran terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridian. Di sini kita boleh membeli pelbagai barang perhiasan yang diperbuat dari mutiara Sabah. Ada dua jenis mutiara, mutiara air tawar dan mutiara air masin. Mutiara air masin berbentuk bulat dan harganya mencecah ratusan ringgit, manakala mutiara air tawar berbentuk biji jagung ( tidak bulat ) , juga dikenali tempatan sebagai mutiara jagung. Harganya murah dan bergantung design barang perhiasan tersebut

    Rambang mata Permysuri nak membeli
    Ole-Ole dari KK


    25 March 2012 - Rumah Terbalik di Talibong , Tamparuli , Rekreasi Stesen Mata Air Panas Poring & Pusat Rekreasi Ikan Kelah, "Tagal" Sungai Moroli

    Lepas bersarapan di kedai mamak sederet dengan hotel tempat kami menginap, kami bersiap untuk terjah ke spot-spot yang menarik . Kami akan ke Rumah Terbalik yang terletak di Batu 21, Kg Talibong, Tamparuli . Kalau dari KK nak ke Kundasang pasti akan nampak rumah unik ni di bahu jalan.


    Kami dah sampai !!
    Kuatnya abang tu... !
    Bayaran masuk untuk dewasa RM10 dan RM5 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun
    Nak masuk pun kene beratur tunggu giliran kerana terlalu ramai pengunjung
    Kami meneruskan perjalanan menuju ke Rekreasi Stesen Air Panas Poring di Ranau. Kami berhenti seketika untuk melihat pemandangan yang bagi kami ianya cukup indah.

    Melakar kenangan berlatar belakangkan gunung kinabalu
     Kami meneruskan perjalanan setelah selesai menunaikan permintaan sang perut.





    Di sini tak boleh berenang macam di Sungkai, hanya boleh berendam sahaja, itu pun terhad. Jam 7.00 malam kami bertolak pulang ke Hotel, untuk ke Pusat Rekreasi Ikan Kelah terpaksa kami lupakan kerana tak sempat.

    26 March 2012 - Pulau Mamutik dan Manukan

    Sebelum berangkat pulang ke semenanjung, kami cuba meluangkan masa melawat pulau-pulau berdekatan. Oleh kerana kekangan masa, kami hanya mampu melawat 2 dari 4 pulau iaitu Memutik dan Manukan














    Water taxi
    Restoren yang terdapat di Pulau Manukan


    Indahnya ciptaan tuhan
    Muka dah penat snorkeling

    Tamatlah sesi melawat pulau


    Masa untuk check out

    Selamat tinggal Sabah.. ada rezki , kami ke mari lagi
    Cenderahati dari 2 pulau yang kami lawati

    Sejujurnya memang seronok bercuti di Sabah, negeri yang cantik , penduduk yang ramah dan sopan juga makannanya sedap dan murah. 4H3M pun tak cukup untuk pusing ke tempat-tempat yang menarik. Jika ada rezki dan umur panjang, kami pasti ke sini lagi
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment