Tuesday, February 11, 2014

Pak Din Family Days - Cherating Bayview Resort


8 Feb 2014

Lebih kurang jam 10.30 pagi, family aku dari Melaka pun sampai, di susuli adik aku yang dari Sungai Buloh. Mana yang belum memakai t-shirt family, mula menggayakan depan cermin. Nasib baik semuanya ngam saiz.

Jam 11.30 pagi kami mula bertolak, hanya 3 kereta sahaja yang keluar,  kereta Ani tinggal di rumah aku kota damansara. 3 kereta ni pun dah selesa memandangkan kami semua hanyalah 10 orang sahaja

Perjalanan sungguh lancar, kami berhenti rehat di rnr Temerloh untuk menjamu makan tengah hari. Mama dah start suruh bawa keluar nasi dan lauk rendangnya tapi Papa tak kasi hehe. Suruh makan kat sana jer. Papa nak layan Patin tempoyak sebenarnya tu


Kami meneruskan 150 km lagi perjalanan untuk sampai ke resort. Sekitar jam 3.45 petang kami sampai ke destinasi. Resort ni bersebelahan dengan public area dan membelakangkan kawasan perkuburan.

Kawasannya agak besar , terbagi kepada  2 bahagian. mengadap pantai dan kolam renang. Kami di deluxe room yang mengadap pantai.







Malam dalam jam 9.00 malam kami keluar ke jalan besar untuk makan malam. Sepanjang jalan di sini memang banyak kedai makan. Kami terjah pada salah satu kedai bila tengok kedai tu kurang pelanggan ketika itu. Restoren Sri Mahligai. Kami order lauk jer malam tu memandangkan selepas mandi laut petang tadi masing-masing dah belasah nasi dan rendang yang dibawa dari Melaka.


Sedap juga masakan di sini, rasa tom yam dan stim limau nya memang berasa, semua yang makan turut memuji. Aku pula suka 3 rasanya kerana ikan siakapnya digoreng garing, cuma sayang tak banyak jenis ikan yang ada.

Lepas makan, kami terus pulang ke resort, tiada apa yang hendak di buat malam tu, kaum hawa hanya bersimbang pasal drama tv mengalahkan penulis dan pengarahnya sendiri. Aku melangkah ke pantai sambil menghayati alunan ombak


9 Feb 2014

Jam 8.30 aku dah keluar bilik. Masing-masing berkumpul di luar bilik Mama dan Papa, maklumlah teh tarik mesti dah siap Mama buat. Pagi ni kami bersarapan nasi minyak dan nasi kerabu yang dibeli oleh Angah di jalan besar. Dah lama tak makan berat camni di waktu pagi . Belasah !!

Memandangkan air laut surut, semua pakat-pakat nak mandi pool di belakang bilik. Walaupun tak luas mana, tapi cukuplah tuk kami berenang itik di situ.

Jam 12.00 tengah hari kami menuju ke Kuala Kemaman untuk makan tengah hari, Aku memilih restoren Aziz Satar untuk menjamu selera. Dari dulu lagi restoren ni memang ramai orang, aku lebih suka menggelarkannya restoren kuning. Keunikkan di sini adalah pinggannya yang besar . Tapi kali ni setiap lauk dah ada harganya sekali. Harganya juga sungguh mengancam, ikan goreng seekor pun RM5, asam pedas pari saiz 3 jari RM6, kalah Kota Damansara huhu. Tapi masakkannya boleh tahan sedapnya. Selain tu pelbagai makanan lain yang boleh dinikmati bersama, kepok lekor, satar, otak-otak, sotong celup tepung dan sebagainya.



Oleh kerana pihak resort tidak membenarkan aktiviti membasuh, memerap dan menyediakan bahan-bahan BBQ di bilik , jadi kami perlu membeli ready marinated. Kerana aku tak pasti Tunas manja dan Nirwana ada ke tak, kami decided untuk ke Giant kemasik.

Sebelum naik ke jambatan baru Bukit Kuang, kami belok seketika di Taman Paya Bakau, kat sinilah port kami memancing dulu selepas tutup kedai hingga ke Subuh.




Kami meneruskan perjalanan ke kemasik, merintasi jambatan baru Bukit Kuang, Tak banyak perubahan dalam 5 tahun ni cuma jambatan ni sahaja.

Sepanjang perjalanan 10 minit ni, kami terbayang-bayang port-port kami memancing dulu di paya-paya bersebelahan jalan utama ini. Satu kenangan yang takkan kami lupakan sepanjang menetap di sini.

Di Giant , selain bahan BBQ, kami membeli dapur portable sekali memandangkan Mama ada membawa periuk panggang "ajaibnya" ke sini. Dari membayar RM50 sewa guna pakai tempat BBQ tu baik beli dapur hehe..



Kami sampai di resort dalam jam 3 petang, masing-masing terus ke room untuk lelap seketika. Aku pula berkesempatan bertemu dengan kawan online yang datang dari Kuantan. Kawan yang satu aliran dan satu tujuan, trade dan profit. Lepas asar kami berhimpun semula, ada yang mandi laut, ada yang pergi pool, manakala yang lelaki dah prepare untuk berbeku.


Dalam jam 9.00 malam, acara kemuncak bermula, majlis tukar hadiah seperti yang dilakukan pada family day sebelah Benut bulan November tahun lepas. Walaupun simple tapi agak meriahlah juga.





10 Feb 2014

Lepas sarapan , kami semua berkemas untuk check out. Aku terus pulang ke Kota Damansara kerana lepas lunch hour akan bertemu dengan client. Manakala yang lain akan menyusur ke arah Kemaman mencari buah tangan untuk di bawa pulang.

3 jam perjalanan non stop, aku tiba di Kota Damansara dalam jam 1 petang, manakala yang lain tiba dalam jam 4.00 petang dan pulang ke Melaka jam 6.00 petang.

Semoga program ini dapat mengeratkan silaturrahim kami sekeluarga AMIN..

No comments:

Post a Comment