• Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar

    Asalnya nak jalan-jalan ke Kuala Selangor tuk makan cendol Burhan sekaligus menjejak karipap gergasi. Dah berulang kali kami ke kuala Selangor tapi tak jugak jumpa Karipap Gergasi ni. Tapi bila aku cuba google resort yang berdekatan dan menarik, aku terjumpa Sekin Fisherman Village Hotel and Resort ni sedang buat promosi bilik. Lepas diskaun harganya RM90. Aku tak fikir panjang terus call wat reservation. Dalam kepala otak aku malam tu leh mancing !!

    14 April 2014 , lebih kurang 12.45 tengah hari kami bertolak dari Kota Damansara. Akhirnya trip kali ini kami berjaya jumpa karipap gergasi. Lokasinya tidak jauh dengan Cendol Bakar pandu lalu, sebelum simpang 3 jalan ke Teluk Intan dan Meru.




    So kamu belilah 2 biji, 1 ayan dan 1 daging. Berbaloi ke dengan wang anda ? Tu kena cuba sendiri. Sambil drive sambil makan, lagipun perut dah berdendang. Kami meneruskan perjalanan bergantung dengan GPS.

    Pintu masuk utama Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar
    Pemandangan yang bertentangan dengan resort
    Antara tarikan resort ini ialah kolam ikannya yang telah menempatkan sekitar 50000 ekor ikan. Yang aku nampak ikan talapia dan patin. Kalau bawa anak-anak ke sini sangat sesuailah beli dedak di kaunter dan beri ikan-ikan ni makan.

    Yang menarik lagi pasal kolam ikan ini ialah anda boleh memancingnya dengan kadar RM15 perjoran manakala kadar sewa joran ilah RM5. Anda dibenarkan memancing 2 ekor ikan dan RM15 ini termasuk upah masak. Maknanya dah dapat ikan 2 ekor leh bagi kitchen masak terus. Kami pun tidak ketinggalan mencubanya untuk menu lunch kami. Berjayalah daratkan 2 ekor ikan iaitu talapia dan patin. Kami disarankan masak asam pedas untuk patin dan goreng cili untuk talapia. Asam pedasnya memang tip top !!

    Kolam ikan yang menempatkan 50000 ekor ikan  bersebelahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar

    Boleh beli dedak RM2 di kaunter dan beri ikan makan






    Lepas makan kami ke pantai, melihat kapal-kapal nelayan yang mahu pulang di samping merelakan badan di belai angin laut...

    Menara tinjau dengan ketinggian 24 meter
     Satu lagi tarikan di sini iaitu menara kawalan  tinjau setinggi 24 meter. Dengan bayaran RM1 anda boleh naik hingga ke pucuknya dan skodeng seluruh perkampungan nelayan di sini.




    Kami tak sangka Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini adalah restoran yang sama yang telah tutup di The Strand Kota Damansara yang mengadap Pasaraya Giant. Tapi kali ini jauh lagi sedap.

    Lepas makan kami terus ke pantai untuk mancing, malangnya air dah surut, kami pacakkan juga hingga jam 12.00 pagi namun tetap tiada hasil. So balik bilik , tido lagi baik haha.


    Esoknya kami terlambat bangun. Lena dibuai aingin laut agaknya. So kami lah orang yang terakhir bersarapan huhu..

    Kalau nak kate seronok ke tak , bagi aku biasa jer... macam kami ni jiwa kekampungan sikit, so tempat-tempat camni kami suka lebih-lebih lagi yang ada beraneka jenis makanan hehe..

    Cendol durian Burhan

    So on the way balik ke rumah, macam biasa kami tutupkan dengan makan cendol durian Burhan dulu...



  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment