• Berbuka Puasa Di De' Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Sungai Buloh


    Hampir 2 tahun gak kami menetap di Kota Damansara tapi tak pernah dengar nama restoran ni, mungkin dah terlalu banyak restoran kat The Strand dan Giza , jadi yang berada diluar kawasan kurang dibualkan.

    Bila adik aku Siti dan Arie ajak berbuka di De' Chiengmai Thai Seafood , kami terus setuju. Dengar nama pun dah gah bunyinya. Mesti sedap makanan di sini.

    14 Julai 2013, Jam 6.00 petang kami bertiga dah bertolak menggunakan GPS , padahal bukan jauh pun...  Kami harus mengharungi Bazar Ramadhan di laluan masuk Kampun Melayu. Jadi ada baiknya kami bertolak awal.

    Sepanjang perjalanan nak ke restoran ini dari simpang ke Kampung Melayu dibarisi dengan kedai makan mahupun restoran tomyam dan seafood. Jadi mata kami turut mencari . Dah macam pelancong di Bangkok la pulak. Kami tersasar jugak . Tak sangka rupanya yang macam resort ni adalah restoren yang akan kami berbuka puasa.


    Sementara menanti adik aku sampai, kami menghayati keindahan dan senibina restoran ini. Dalam kepala otak aku hanya fikir berapa lah modal tokey dah invest untuk setup restoran  sebegini. Lepas satu persatu kereta masuk parking. Kejap jer dah penuh. Tadi kereta aku jer terpacak. Sampai awal la katakan huhu..  Ops ! Gerimis mengundang, maka kami masuk ke dalam menanti mereka.



    Tak lama pastu mereka sampai. Kami masuk ke dewan makan, kelihatan semua meja berisi tetamu. Mujur Arie dah booking awal , lagipun dia kenal ahli keluarga empunya restoran ni. Malangnya kawannya itu tak update dengan kaunter, jadi kami diberikan meja di dewan makan yang lain.. Nampak privacy la pulak huhu..


    Aku serahkan bulat-bulat pada mereka untuk order makanan yang sedap-sedap. Ada Siakap masak stim , tomyam, ayam goreng pandan dan sayur kailan. Bagi tekak aku, tomyam dia memang sedap, kalah tukang masak aku masak ..


     De Chiengmai Thai Seafood Restaurant
    No 95, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, SelangorJalan Kusta Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
    Contact Info 03 – 61401870, 03 – 61563225, (fax) 03 – 61402953
    Operation hours : 12:00 PM – 10:30 PM




    Terima kasih kepada Siti dan Arie kerana belanja kami di sini, ada rezki kami ke sini lagi ngan ahli keluarga yang lain, Insya Allah.





  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment