• Mabul , Sipadan, Kapalai tunggu kami sampai ! - Hari ketiga - Part 2 - Final


    SESI SNORKELING KETIGA : THE JETTY - KAPALAI DIVE RESORT

    Tepat jam 11.00 pagi, mereka yang terlibat dengan sesi snorkeling ke Kapalai Dive Resort mula berkumpul di bot. Perjalanan tidak begitu panjang.. hanya sekitar 20-25 minit sahaja. Ini merupakan sesi snorkeling yang terakir untuk kami, jadi kami akan menghayatinya sepuas-puasnya.








    Macam biasa, kami dilepaskan jauh sikit dengan resort, jadi kami akan snorkeling menuju ke arah jeti.

    Subhanallah ! Maha suci Allah yang menciptakan keindahan alam.. Sungguh tinggi kebesarannya








    12.30 tengah hari tamatlah aktiviti kami di sini.. Kami pulang ke resort dan bersiap-siap untuk makanan tengah hari yang agak istimewa. Tempahan khas dari En Adli.


    Tak abis makan pun kami berdua.. Encik Adli tak dapat join kami kerana ada tetamu penting hadir untuk dilayan bersama bos besarnya.


    Jam 5.00 petang kami berangkat pulang ke tanah besar Semporna. Sukar untuk diterima percutian kami sudah berakhir di sini. Namun kami berdua cukup puas menghayati keindahan pulau dah hidupan laut di sini.



    Memang laju sungguh bot yang membawa kami ke Tanah Besar, sampaikan nak hidupkan api rokok pun tak berjaya, dah matikan enjin bot dulu baru boleh. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Sampai di tanah besar kami menunggu isteri En Adli untuk menghantar kami ke airport.



    Cara keseluruhannya kami sungguh berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan oleh Jumbo Marketing di mana En Adli Ayob sebagai pengurusnya sangat sangat sangat supportive.

    Insya Allah ada rezki nanti kami pasti akan ke sini lagi..  mungkin sebagai diver pula hehe..

    _________________________________________________________________________________

    # Yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi :

    Name : En Adli Ayob ,
    Phone : 016.827.0972
    Email: adliayob@gmail.com

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment