Wednesday, June 11, 2014

Jemputan Ramadhan Mork-up 2014 De Palma Hotel Shah Alam


Hari ni tiada apa yang menarik untuk dibuat melainkan makan FREE !!.

Pada 29 May yang lepas aku telah menerima email jemputan khas untuk program Ramadhan Mork-up 2014 bertempat di De Palma Hotel Shah Alam. Program ni tak lain tak bukan nak memberi pelanggan mencuba masakan mereka yang bakal disajikan untuk buffet Ramdhan 2014.

Camne aku boleh dijemput ? Mungkin sebab last year aku membuat program berbuka puasa bersama klien di sini sekitar 80 orang. Jadi inilah asbabnya mereka menjemput datang. Walaupun dihati aku ni dah ada calon untuk tahun ni , tetapi memandangkan makananya sedap-sedap dan ianya FREE.. so pergi je la hehe.. Cuma satu je yang aku dan kengkawan yang lain kurang berkenan... nak tahu kena baca ENTRI ni..




Aku cuba menghubungi sales team mereka untuk menanyakan kuota tuk syarikat aku. Hanya 3 orang sahaja dibenarkan, Jadi aku ajak adik aku Siti tuk join sama. Malangya dia tak sempat tuk luangkan masa lunch free ni. Memandangkan Anas pun tak berdaya tuk join sama makanya kami berdua ajalah memenuhi undangan ini. Jom makan !!








Menurut Puan Noraini, makanan yang terhidang di sini hanya 1/4 dari jumlah hidangan sebenar Buffet Ramadhan nanti. Maknanya memang banyak makanannya pada hari yang sebenar nanti.

Sejujurnya aku cakap , makanan di sini semuanya sedap-sedap, terutama udang petai masak sambal .. pergh.. cukup semuanya..








Secara keseluruhannya makanan yang ditawarkan memang sempurna. Dah sampai rumah pun masih terngiang-ngiang udang petainya. Cucurnya pun sedap , rasanya tetap sama seperti tahun lepas yang aku makan.

So bagi yang nak merasa keenakkan dan keaslian masakan tradisional Melayu atau selera kampung, bolehlah berkunjung ke sini , De Palma Hotel Shah Alam.

No comments:

Post a Comment