• Mandi-manda di Kalumpang Resort & Training Centre

    Hari ini plan kami membawa family Melaka berkelah di Kalumpang Resort & Training Centre , sangat sesuai lah dengan keadaan cuaca sekarang yang tengah panas membahang .. biar releks sikit berendam dengan air sejuk membeku ni...

    Ini kali kedua kami sampai ke sini.. jika ingin mendapatkan gambaran persekitaran di sini bolehlah rujuk di ENTRI ini.

    jam 9.00 pagi , 2 biji kereta bertolak dari Kota Damansara, sampai je di RnR Rawang , Siti dan Ani dah menunggu kami untuk meneruskan perjalanan bersama-sama.

    Alhamdulillah perjalanan agak lancar dan kami tiada masalah untuk parking walaupun kelihatan dah ramai pengunjung di resort ini.




    Kita makan dulu !!

    Siapa yang banyak daki dialah pilihan anak ikan haha

    Agak-agak ape otai ruan ni nak cuba buat ?

    Memang sedap kalau ratah ayam goreng panas-panas ketika badan tengah menggigil kesejukkan

    kalau out door nya activity, makan apa pun sedap

    Bersama Selamanya

    Fadhilah dah kesejukkan

    Lebih kurang jam 2 petang kami beredar, family Melaka terus pulang ke Melaka , manakala kami perlu menghantar Siti pulang ke kuarters. Tapi  perut dah berasa lapar, kami menghala ke gerai bawah pokok yang cukup famous di sungai buloh, malangnya tutup. Kami mencuba nasib di kampung Melayu , ternyata tetap sama. Ada yang tak buka dan ada yang belum ready. Akhirnya kami ngeteh di gerai tepi jalan yang betul-betul mengadap Hospital Sungai Buloh. 

    Semoga keluargaku dari Melaka ini terhibur selama mereka berada di sini.... AMIN..

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment