• Memancing Ikan Di Minggu Raya


    Hari ini 2 Ogos 2014 adalah Hari Raya ke enam. Aku dah janji ngan anak-anak buah aku tuk bawa mereka keluar memancing hari ni. Takde pe pun nak dibuat. Nak tunggu saudara datang, semua dah datang. Nak berjalan raya , semua umah dah pergi, so mancing jer la.

    Setelah siap semua kelengkapan termasuk bekalan air, ( macam lama jer mancing ) kami terus menuju ke Sungai Benut. Kononnya nak mancing baung , tetapi memandangkan air tengah surut dan pergerakkan pun agak laju makanya aku batalkan hajat nak mancing di sini.



    Kami beralih ke parit besar @ anak sungai bersebelahan dengan Sungai Benut. Hampir 30 minit gak kami termenung menanti pelampungnya tenggelam, Kumpau akhirnya. Kami pindah lagi ke lokasi yang lain. Kali ini di parit kampung lama. Biasanya bila balik dari Jumaat aku selalu nampak ikan timbul dipermukaan menerkam serangga. So kami mencuba nasib di sini.. Dalam 20 minit jugalah kami membangau di sini.



    Akhirnya aku mengambil keputusan mancing dalam kolam ikan keli ajelah kat belakang umah . Oleh kerana itu maka ramailah pemancing cilik yang ingin mencuba nasib.










    Mujurlah semua pemancing muda ini mendapat ikan ....
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment