Tuesday, July 07, 2015

Iftar di Sunflower Hotel Malacca Bersama Keluarga Melaka


5 Julai 2015 - Dari Benut kami pulang ke Melaka pula. Malam ni kami sudah merancang untuk iftar bersama di Sunflower Hotel Malacca. Tak mahal pun tempat ni . untuk set menu buffet Ramadhan di sini, bagi dewasa RM 28 dan untuk kanak-kanak 6-12 tahun RM 20. Yang penting ada kambing golek hehe.

Sunflower Hotel Malacca
No 57, Jalan PJ 1 Taman Pertam Jaya
Padang Temu 75050 Melaka
06-2821500 , enquiry@1residence.com.my
6 Julai 2015- Thaqif dapat hadiah sehelai jubah bertemakan gaza hasil pereka fesyen Untie Sha Cat. Terima kasih Untie !!

Ada gaya model tak ?

Jam 9.00 malam kami pulang ke Kota Damansara. Sepanjang perjalanan berapa kali aku terpaksa berhenti di R&R kerana Thaqif bising nak main steering. Sudahnya jam 12.00 pagi baru sampai rumah

Jam 23:11 | R&R Dengkil

No comments:

Post a Comment