• Santapan 29 Malam Di Tropicana Golf & Country Resort



    Tahun ini ( 12 Julai 2015) aku meraikan pelanggan-pelanggan untuk majlis Iftar @ berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort yang terlatak di Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ini tahun yang ke - 4 aku berpeluang berbuka bersama pelanggan. Kelab ni tak jauh pun dari rumah aku, Satu jalan dengan Kelab Golf Seri Selangor tempat kami berbuka puasa tempoh hari. So tak perlulah keluar awal dan mengadap jem.

    Kami dijemput menaiki bugi @ kereta golf untuk ke dewan makan
    Bergambar di perkarangan utama Tropicana Golf & Country Resort
    Pandai anak Papa tengok camera !
    Jemputlah singgah ke teratak kami!












    " Santapan 29 malam"  merupakan tema untuk buffet Ramadhan yang ditawarkan Tropicana Golf & Country Resort. Secara peribadi dan sahabat-sahabatku yang lain, kami sungguh berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Bukan sahaja pelbagai jenis makanan dan minuman, malah sedap-sedap semuanya. Makanannya segera ditambah jika dilihat berkurangan, itu yang membuatkan kami berpuas hati. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

    Harganya pula terbahagi kepada 2 sesi, hari bekerja dan hujung minggu serta status diri iaitu ahli kelab atau tidak.

    1. Isnin - Khamis

    * Ahli kelab : RM 83 nett
    * Bukan ahli : RM 95 nett

    2. Jumaat - Ahad

    * Ahli kelab : RM 95 nett
    * Bukan ahli : RM100 nett

    Antara perkhidmatan yang disediakan :

    * Pakir percuma
    * Shuttle service dari tempat pakir ke dewan berbuka
    * Surau

    Nama dan alamat : Tropicana Golf & Country Resort yang terlatak di Jalan Kelab Tropicana, Tropicana Golf, 47410 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel : 03-7804 1919 / 03-7804 8888

    GPS: 3.129769, 101.583884

    Perut dah kenyang... Masa untuk pulang...

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment