Saturday, July 26, 2014

July 26, 2014

Berbuka Puasa Di Hotel Sentral Johor Bahru



Boleh dikatakan last minute gak plan ni... Setelah ditimbang tara , maka kami memilih Hotel Sentral Johor Bahru sebagai lokasi berbuka puasa pada 24 Julai 2014 yang lepas.

Pukul 4.00 petang kami ,mak abah dan Ela dah bertolak dari kampung menuju ke hotel, aku terpaksa gerak awal kerana tidak mahu tersangkut dalam jem. Nanti mengganggu urusan kerja online aku.

Kul 5.00 petang kami dah sampai dengan bantuan Papago, nampak gayanya kamilah pelanggan pertama yang sampai hehe.

Aku terus ke cafe untuk pengesahan meja. Bila semua dah confirm baru kami naik ke lobby hotel menunggu ahli keluarga yang lain tiba.
















Secara keseluruhannya makanan sini memuaskan, sepadan dengan harga yang ditawarkan. Dewasa RM 48.00 , warga emas RM 35 dan Kanak-kanak RM25. Jika pembelian dibuat sebelum 25 Jun 2014, hanya perlu membayar RM38 perpax. Beli 10 percuma 1 , tetapi hanya dewasa sahaja.

Side dish di sini memang sedap bagi aku contohnya mee kari dan bubur pulut hitam. Memang terbaik. Oh ya kambing bakar juga ada disediakan so memang berbaloi dengan wang anda.


Wednesday, June 11, 2014

June 11, 2014

Jemputan Ramadhan Mork-up 2014 De Palma Hotel Shah Alam


Hari ni tiada apa yang menarik untuk dibuat melainkan makan FREE !!.

Pada 29 May yang lepas aku telah menerima email jemputan khas untuk program Ramadhan Mork-up 2014 bertempat di De Palma Hotel Shah Alam. Program ni tak lain tak bukan nak memberi pelanggan mencuba masakan mereka yang bakal disajikan untuk buffet Ramdhan 2014.

Camne aku boleh dijemput ? Mungkin sebab last year aku membuat program berbuka puasa bersama klien di sini sekitar 80 orang. Jadi inilah asbabnya mereka menjemput datang. Walaupun dihati aku ni dah ada calon untuk tahun ni , tetapi memandangkan makananya sedap-sedap dan ianya FREE.. so pergi je la hehe.. Cuma satu je yang aku dan kengkawan yang lain kurang berkenan... nak tahu kena baca ENTRI ni..




Aku cuba menghubungi sales team mereka untuk menanyakan kuota tuk syarikat aku. Hanya 3 orang sahaja dibenarkan, Jadi aku ajak adik aku Siti tuk join sama. Malangya dia tak sempat tuk luangkan masa lunch free ni. Memandangkan Anas pun tak berdaya tuk join sama makanya kami berdua ajalah memenuhi undangan ini. Jom makan !!








Menurut Puan Noraini, makanan yang terhidang di sini hanya 1/4 dari jumlah hidangan sebenar Buffet Ramadhan nanti. Maknanya memang banyak makanannya pada hari yang sebenar nanti.

Sejujurnya aku cakap , makanan di sini semuanya sedap-sedap, terutama udang petai masak sambal .. pergh.. cukup semuanya..








Secara keseluruhannya makanan yang ditawarkan memang sempurna. Dah sampai rumah pun masih terngiang-ngiang udang petainya. Cucurnya pun sedap , rasanya tetap sama seperti tahun lepas yang aku makan.

So bagi yang nak merasa keenakkan dan keaslian masakan tradisional Melayu atau selera kampung, bolehlah berkunjung ke sini , De Palma Hotel Shah Alam.

Sunday, June 08, 2014

June 08, 2014

Mandi-manda di Kalumpang Resort & Training Centre

Hari ini plan kami membawa family Melaka berkelah di Kalumpang Resort & Training Centre , sangat sesuai lah dengan keadaan cuaca sekarang yang tengah panas membahang .. biar releks sikit berendam dengan air sejuk membeku ni...

Ini kali kedua kami sampai ke sini.. jika ingin mendapatkan gambaran persekitaran di sini bolehlah rujuk di ENTRI ini.

jam 9.00 pagi , 2 biji kereta bertolak dari Kota Damansara, sampai je di RnR Rawang , Siti dan Ani dah menunggu kami untuk meneruskan perjalanan bersama-sama.

Alhamdulillah perjalanan agak lancar dan kami tiada masalah untuk parking walaupun kelihatan dah ramai pengunjung di resort ini.




Kita makan dulu !!

Siapa yang banyak daki dialah pilihan anak ikan haha

Agak-agak ape otai ruan ni nak cuba buat ?

Memang sedap kalau ratah ayam goreng panas-panas ketika badan tengah menggigil kesejukkan

kalau out door nya activity, makan apa pun sedap

Bersama Selamanya

Fadhilah dah kesejukkan

Lebih kurang jam 2 petang kami beredar, family Melaka terus pulang ke Melaka , manakala kami perlu menghantar Siti pulang ke kuarters. Tapi  perut dah berasa lapar, kami menghala ke gerai bawah pokok yang cukup famous di sungai buloh, malangnya tutup. Kami mencuba nasib di kampung Melayu , ternyata tetap sama. Ada yang tak buka dan ada yang belum ready. Akhirnya kami ngeteh di gerai tepi jalan yang betul-betul mengadap Hospital Sungai Buloh. 

Semoga keluargaku dari Melaka ini terhibur selama mereka berada di sini.... AMIN..

Sunday, May 18, 2014

May 18, 2014

Kuala Kubu Bharu , Sungai Chiling , Fraser Hill dan Anugerah Tuhan

Sepatutnya minggu lepas lagi kami dah jejak ke sini. Tetapi di atas kokongan waktu kami terpaksa tangguhkan hinggalah ke hari Sabtu 17 Mei 2014 baru kami berkesempatan.

Di tengah perjalanan , tetiba Permysuriku loya nak muntah. .Kami berhenti di suatu tempat yang sememangnya disediakan untuk rehat. Permysuriku muntah paling dasyat yang pernah aku lihat. Panik gak aku. Habis keluar segala asam yang dibeli di Kedai Petronas tadi.Yang lagi bertambah musykil bila kepalanya tidak pening..

Hajat dihati nak balik aja, tapi Permysuriku kata takde apa-apa, jadi kami teruskan perjalanan. kami tuju tak lain tak bukan Empangan Sungai Selangor ataupun Empangan Kuala Kubu Bharu. Kami nak tengok paras air di empangan tersebut adakah sudah kering atau tak hehe.. Maklumlah rumah kami 2 hari sekali kene catu air. Bengangnya aku.


Empangan Kuala Kubu Bharu


Nampaknya taklah kritikal sangat parasnya.. Aku cuba gak meninjau kot-kot ada kaki pancing yang mencuba nasib di sini.. Maklumlah air dah surut jadi ikan tak sebebas mana..

Kami meneruskan perjalanan menghala ke Fraser Hill , baru sahaja beberapa minit , kami nampak banyak kereta parking di kiri kanan bahu jalan, lalu kami pun parking juga untuk tahu apa yang ada di sini. Rupanya kawasan perkelahan Sungai Chiling.



Satu-satunya port terbaik yang kami nampak untuk mandi-manda di sini
 Mujur ada peniaga menjual burger di kawasan parking , bolehlah kami mengalas perut yang dah lapar berlagu ni sambil berendam di Sungai Chiling..

Kami masih berasa hairan, jumlah kereta agak banyak, tapi pengunjung di sini boleh dibilang dengan jari ... lantaklah..  Kami meneruskan semula perjalanan ke Fraser Hill.  Mataku ligat memandang kiri kanan untuk mencari ke mana mereka semua pergi.. Akhirnya jumpa juga, rupanya mereka ke Santuari Ikan Kelah. Kami mengambil keputusan untuk singgah bila turun dari Fraser Hill nanti.




Kami berhenti seketika di toilet awam sebelum mendaki naik ke Fraser Hill, setelah aku melepaskan cecair kumuhan, sekali lagi Permysuriku muntah mencurah-curah. Gue kaget bangat ! Kali ni habis burger yang dimakannya ikut keluar sekali. Kepalanya tetap tidak pening !!





 Lebih kurang 40 minit kami pun sampai ke Fraser Hill , Walaupun ketika itu jam 4.00 petang tetapi suhu tetap dingin dan berkabus.


Teh panas nya hanya bertahan  2 minit 









Setelah kecewa mencari air terjun kami pun bertolak pulang. Sekarang ini sudah ada jalan untuk keluar, tidak perlu lagi berkongsi jalan dengan laluan masuk.

Badan Permysuriku semakin lemah, mungkin dah banyak bendalir dari badan keluar. Aku mencari klinik berdekatan di Kuala Kubu Bharu, malangnya tutup, berdasarkan GPS kami cuba menjejak klinik kesihatan yang lain, pun tutup juga. Lantas kami terus ke Tanjung Malim.

Kami temua sebuah klinik di pekan Tanjung Malim, malangnya terlalu ramai orang menunggu. Permysuriku sudah berkali-kali pinta balik. Aku masih lagi berkeras untuk membuat pemeriksaan. Aku cuma khuatir terkena keracunan makanan.

Akhirnya aku setuju untuk pulang terus dengan syarat membuat pemeriksaan di berdekatan rumah kami, Klinik Idham 24 jam menjadi pilihan aku kerana sebelahnya ada kedai makan dan Anas boleh diner sambil menanti kami.

AnugerahTuhan......

Seorang doktor muda berbangsa India memeriksa mata, jantung dan nadi Permysuriku. Aku dengan penuh minat memerhatikannya. 

" Nak buat pregnancy test ? " tanya doktor. Kami berdua dengan keadaan blur mengangguk setuju. Setelah air kencing diberikan kami menanti penuh debaran... 

" Congratulation , awak pregnant !" Doktor menyampaikan khabar gembira untuk kami.

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa nak menangis kuat-kuat tanda kegembiraan. Akhirnya pada usia tahun ke 6 perkahwinan, baru kami di kurniakan.

" Dah berapa minggu doktor ?" Aku mula excited nak tahu.

" Bila you last period ? " Tanya doktor pada Permysuriku. Mataku terus memandang tepat bibirnya.

" Aaaa............ "