Saturday, September 28, 2013

Cafe Rumah Kampung Di Tengah Kota

Sekitar jam 9.30 malam aku keluar dari office terus ambil my wife di rumah, “Nak makan apa dan dimana? ” ini soalan paling rumit untuk my wife selesaikan. “Satay!!”
Kami terus menghala ke Gulam Mee yang hanya 1 km jaraknya. Sebenarnya ada Satay House bersebelahan dengan KDU dan jarak dari rumah kami tak sampai pun 500 meter, tapi di situ kurang happening, mungkin sebab masih baru, tak banyak menu hanya tertumpu pada satay dan tutup awal sekitar jam 11 malam. Tutup awal tu yang wat kami reject awal-awal.
Sampai je Gulam Mee, kami terkejut terlalu ramai orang malam ni, baru kami sedar minggu gaji dan malam sabtu pulak tu, so ramai macam ni memang perkara biasa.  Kami membuat keputusan untuk ke kedai lain dan teruskan perjalanan keluar dari business center tersebut.
Setelah hampir membuat satu pusingan penuh, baru aku teringat kedai baru Ayobs Cafe berdekatan dengan Restoren Rimba. Aku tak pasti bila kedai ni buka  tapi aku yakin belum cukup 6 bulan operasi di sini. Aku dan my wife pun bersetuju untuk mencuba masakan di sini memandangkan decoration kedai tersebut nampak unik dan antik.
Kami memilih tempat duduk dibahagian dalam kedai kerana ingin melihat barang-barang antik yang ada. Dalam 5 minit juga kami menunggu baru staffnya datang mengambil order, tengok gaya macam tak ramai staff , so perkara ni kami maafkan :) .
Buku menu pun sungguh simple, just A4 paper putih yang ditulis menu berdakwat hitam dan di laminated. Maklumlah kedai baru. Atas bawah kami memandang menu tersebut rupanya hanya wastern food sahaja disajikan di sini untuk waktu malam.
“Ah sudah !!”  Goreng-gorang hanya di siang hari sahaja !!
Walaupun aku suka makan wastern tapi cuma malam tu tekak ni nak makan yang goreng-goreng . Memang apa pun tak boleh, aku dan my wife order juga 2 set chicken chop (RM12 perset), 1 orange juice (RM3.50) dan 1 barli suam.

Cepat juga siap chicken chop nye , persembahanya ala-ala Lanun Steak House di Uptown lama Kota Damansara menggunakan hot plate dihidangkan berasap-asap, sos yang diberi hanya tomato source dan 1 bun roti siap butter packet kecil. “Rasa” bagi aku biasa-biasa je.. cuma ayamnya terasa fresh, mungkin mereka buat sendiri.
Sambil makan kami menikmati barangan antik yang terdapat di ayobs cafe ni, ada juga barang-barang yang pernah aku lihat ketika masih kecil di rumah nenekku.. Nostalgia !
Pemandangan dari dalam ke pintu keluar cafe
Suatu masa dahulu..
Nama lama Ayobs Cafe ??
Koleksi antik di kotak kaca di hadapan pintu masauk cafe
Pemandangan dari hadapan Restoren Ayobs Cafe

No comments:

Post a Comment