Monday, December 09, 2013

Berhibur di i-City Shah Alam

Hari ni (sabtu, 07 Dec) , kami semua ke I-City Shah Alam, walaupun dah 6 kali kami pergi , tapi tetap tak jemu-jemu. Maklumlah.. keluarga kami berada di Melaka dan Johor, jadi setiap kali adik beradik, saudara mara, sahabat handai datang ke sini,  pasti kami bawa ke sana sebagai destinasi pilihan. Dan I-City pula sentiasa membuat perubahan dan penambahan. Maka dengan itu kami terasa seperti baru pertama kali datang..
So untuk sesi kali ini, kami nak bawa 2 anak bujang ni main permainan di sini, sebelum ni mereka datang tidak dapat bermain kerana terlalu ramai pengunjung, so dapat tengok-tengok lampu yang berwarna warni je lah. Jam 4 petang kami bertolak. Perjalanan kami mengambil masa 30 minit , mengikuti laluan Lebuhraya Baru Lembah Klang sejauh 30 km. Oleh kerana kami sampai awal, dapatlah parking kereta berbumbung, biasanya memang tak dapat pun kat situ kalau datang lepas jam 6 petang, lebih-lebih lagi sejak ada Water Park kat sini.
“Laparlah pulak” ! Sememangnya kami belum lunch lagi..  sarapan pun lewat jam 12 tengah hari kerana semua bangun lambat . Kerana semua nak cari nasi , kami memilih Restoren Gani Maju satu-satunya kedai makan di I-City yang ada nasi campur . Mamak style !!

Kami terus ke kaunter ticket untuk membeli kredit berharga RM50, nampaknya kali ini I-City menggunakan sistem seakan Touch n Go, kali ini kami tak perlu pulangkan smart card untuk mendapatkan deposit RM5 semula, kad ini boleh digunapakai selama 2 tahun termasuk pembayaran parking








Setiap permainan bermula dari Rm5 hingga RM10 seorang, memang tak cukup la RM50 tu so kena topup lagi Rm50. Permainan terakhir sekali adalah Giant Ferris Wheel, kali ini 3 orang anak buah aku semua naik.. Aku dan permysuri hanya duduk di bawah sambil mendongak melihat mereka.
Jam 8.30 malam , gerimis mula terasa, orang pun sudah mula membanjiri i-City. Kami bertolak pulang…

Info dan Bayaran Masuk i-City Shah Alam;

Waktu Operasi:
  • Snow Walk: 10 am – 1 am (setiap hari)
  • Water World: 10 am – 8 pm (setiap hari)
  • Taman Tema: 6 pm – 1 am (setiap hari)
  • Taman Lampu Digital: Buka sepanjang hari (6pm lampu mula dipasang)
Bayaran Masuk:
  • Bayaran masuk I- City: RM10 per kereta
  • All Park (SnoWalk + Taman Tema + Water World): RM50 seorang dewasa / kanak2
  • Snow Walk: RM25 Dewasa & RM20 Kanak2 (sebelum 6pm) /RM35 Dewasa & RM 30 Kanak2 (selepas 6 pm)
  • Water World: RM35 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekdays) / RM40 Dewasa & RM30 Kanak2 (Weekends, Cuti Sekolah, Cuti Umum)
  • Taman Tema: RM5 -RM10 setiap permainan
  • City of Digital Lights: PERCUMA untuk kawasan berlampu.
Bayaran Lain-lain:
  • Locker simpanan barang untuk ke Water World : RM5 + RM5 deposit (refundable)
  • Kasut boot + stokin di SnoWalk : RM10 per set

Senarai Permainan dan Tarikan Utama di Taman Tema i City Shah Alam;

  • Water World (Paling best Tornado Ride)
  • SnoWalk (Rumah Salji)
  • Muzium 3D Trick Art
  • i-Walk (Taman LED)
  • 2-Tier Carousel (Merry Go Round)
  • Giant Ferris Wheel
  • SuperSwing (Buaian yang macam di Genting tu)
  • Magical Christmas (Pokok Krismas LED)
  • SpaceWalk (Cable Car utk 2 orang)
  • Dessert Trail
  • Circus Travel
  • Pirate Ship
  • Choo Choo Train (kanak2 shj)
  • Children Traffic Park (ala-ala Go Kart)
  • Rainbow Park (Kereta Langgar)
  • Rodeo Bull
  • 5D Cinema
  • Game (tikam)

Lokasi


No comments:

Post a Comment