Tuesday, April 16, 2013

April 16, 2013

Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Asalnya nak jalan-jalan ke Kuala Selangor tuk makan cendol Burhan sekaligus menjejak karipap gergasi. Dah berulang kali kami ke kuala Selangor tapi tak jugak jumpa Karipap Gergasi ni. Tapi bila aku cuba google resort yang berdekatan dan menarik, aku terjumpa Sekin Fisherman Village Hotel and Resort ni sedang buat promosi bilik. Lepas diskaun harganya RM90. Aku tak fikir panjang terus call wat reservation. Dalam kepala otak aku malam tu leh mancing !!

14 April 2014 , lebih kurang 12.45 tengah hari kami bertolak dari Kota Damansara. Akhirnya trip kali ini kami berjaya jumpa karipap gergasi. Lokasinya tidak jauh dengan Cendol Bakar pandu lalu, sebelum simpang 3 jalan ke Teluk Intan dan Meru.




So kamu belilah 2 biji, 1 ayan dan 1 daging. Berbaloi ke dengan wang anda ? Tu kena cuba sendiri. Sambil drive sambil makan, lagipun perut dah berdendang. Kami meneruskan perjalanan bergantung dengan GPS.

Pintu masuk utama Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Pemandangan yang bertentangan dengan resort
Antara tarikan resort ini ialah kolam ikannya yang telah menempatkan sekitar 50000 ekor ikan. Yang aku nampak ikan talapia dan patin. Kalau bawa anak-anak ke sini sangat sesuailah beli dedak di kaunter dan beri ikan-ikan ni makan.

Yang menarik lagi pasal kolam ikan ini ialah anda boleh memancingnya dengan kadar RM15 perjoran manakala kadar sewa joran ilah RM5. Anda dibenarkan memancing 2 ekor ikan dan RM15 ini termasuk upah masak. Maknanya dah dapat ikan 2 ekor leh bagi kitchen masak terus. Kami pun tidak ketinggalan mencubanya untuk menu lunch kami. Berjayalah daratkan 2 ekor ikan iaitu talapia dan patin. Kami disarankan masak asam pedas untuk patin dan goreng cili untuk talapia. Asam pedasnya memang tip top !!

Kolam ikan yang menempatkan 50000 ekor ikan  bersebelahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Boleh beli dedak RM2 di kaunter dan beri ikan makan






Lepas makan kami ke pantai, melihat kapal-kapal nelayan yang mahu pulang di samping merelakan badan di belai angin laut...

Menara tinjau dengan ketinggian 24 meter
 Satu lagi tarikan di sini iaitu menara kawalan  tinjau setinggi 24 meter. Dengan bayaran RM1 anda boleh naik hingga ke pucuknya dan skodeng seluruh perkampungan nelayan di sini.




Kami tak sangka Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini adalah restoran yang sama yang telah tutup di The Strand Kota Damansara yang mengadap Pasaraya Giant. Tapi kali ini jauh lagi sedap.

Lepas makan kami terus ke pantai untuk mancing, malangnya air dah surut, kami pacakkan juga hingga jam 12.00 pagi namun tetap tiada hasil. So balik bilik , tido lagi baik haha.


Esoknya kami terlambat bangun. Lena dibuai aingin laut agaknya. So kami lah orang yang terakhir bersarapan huhu..

Kalau nak kate seronok ke tak , bagi aku biasa jer... macam kami ni jiwa kekampungan sikit, so tempat-tempat camni kami suka lebih-lebih lagi yang ada beraneka jenis makanan hehe..

Cendol durian Burhan

So on the way balik ke rumah, macam biasa kami tutupkan dengan makan cendol durian Burhan dulu...



Saturday, January 26, 2013

January 26, 2013

Jom mandi-manda di Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Usu dan Dayah nak cari barang baik di Sogo, biasalah bila ada sales kat Sogo ni leh wat orang pempuan histeria !!

Kami decide ke Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai, mak pun tak puas ke sini dulu. Aku pun suka gak ke sini dapat mandi air sejuk dan panas .




Kami mandi air gunung dulu, Ini first time Fira mandi kolam, pada awalnya tak nak turun tapi bila dah mandi tak nak naik pula..

Di kolam air panas . Fira berjaya mandi. Ingatkan tak tahan dengan suhu airnya. 

Inilah cerita ringkas tentang percutian kami ke sini, Kami happy bila nampak Fira happy mandi-manda di sini...

Tuesday, January 01, 2013

January 01, 2013

Bercuti di Gold Coast Morib Water Theme Park Resort


Dah lama aku beli voucher ni, dari bulan Ogos lagi, sekarang sampailah masanya untuk tunaikan. So 1 Januari 2013 kami menuju ke Morib, sebenarnya area Banting pun aku tak pernah sampai lagi huhu..

RM150 dari RM664 untuk kesemua yang dinyatakan, memang berbaloi
Aku sampai dalam kul 1 petang, terus ke kaunter pendaftaran . Punyalah ramai yang semisi ngan aku guna voucher dari StreetDeal. Aku tengok kaunter dah kelam kabut , mungkin mereka tak prepare dan tak menyangka seramai ini datang untuk claim voucher murah ni.

Selepas mendaftar, kami diminta menunggu di cafe sehingga nama dipanggil. Aku tengok ramai muka dah bengang dan kecewa dengan pengurusan. Suara bayi menangis menghangatkan lagi suasana.

Pukul 5 petang baru kami dapat bilik dan yang paling membengangkan bila kami masuk , ada beg dan barang-barang peribadi yang lain. Nasib yang sama menimpa pasangan Cina, dalam bilik nya ada tetamu yang baru check in. System crash !! Namun akhirnya kami mendapat bilik juga.



Kami keluar awal untuk makan malam, lepas jer solat maghrib terus kami ke .. bukan cafe , bukan   dewan makan, tapi khemah besar yang didirikan sebagai tempat kami menjamu selera.. open air mengadap pantai..  sempoi gak !

Lepas makan kami pun merayaplah...




Tak lama pun kami diluar kerana udara yang dihidu tidak menggembirakan. Sekali baru tahi ayam candu la... adeh !




 Kami turun sarapan agak lewat juga.. dah dekat jam 9.00 pagi.. so tak peliklah jika kami antara pasangan terakhir bersarapan. Lepas sarapan kami merayap sekali lagi di pantai melihat panorama di sekitarnya. Pasirnya cantik tapi sayang air lautnya kotor...














Seronok juga mandi-manda di water theme park ini, designnya membolehkan kita berenang jauh. Dekat jam 12.00 tengah hari baru kami naik dan berkemas untuk check out.

Di perjalanan pulang, kami singgah sebentar di pantai Morib , ternyata sunyi sepi juga seperti namanya..

Monday, December 03, 2012

December 03, 2012

Bercuti ke Tiara Beach Resort , Port Dickson

Hasil pencarian di web Mudah , 01/12/2012 kami menyewa bilik studio milik persendirian 2H1M. Kami menunggunya di Pasaraya Giant di Lukut untuk mengambil kunci. Sempat jugalah kami lunch di situ. Dengan bantuan GPS, sampai juga kami walaupun agak lewat hampir jam 4.petang.

Hujan renyai menyambut kedatangan kami

Ronda-ronda intai kawasan
Aku tengok pun dah menarik pool dia, ni kan budak-budak 
Sotong pun ada !
Pemandangan dari kafe yang terdapat di situ. Mahal juga harga secawan kopi di sin huhu
Ke Pantai Teluk Kemang untuk menemani matahari terbenam
Kami bersarapan di sini : Gerai bawah pokok
Lepas sarapan tak lengah terus ke water park : Kek dengan aksinya
Muka-muka kepenatan
Berposing sementara menunggu owner datang ambil kunci
Ada rezki dan kelapangan masa, InsyaAllah ke sini lagi

Monday, June 11, 2012