Friday, September 26, 2014

September 26, 2014

Mama djangkiti Chickenpox

Setelah 15 hari Thaqif dilahirkan, Mama semakin sehat dan sudah kuat untuk membuat pelbagai aktiviti rumah. Aku pula akan pulang ke Kota Damansara . Lebih kurang 3 minggu gak aku dah tinggalkan rumah , aku pun dah rindu office aku dan unifi 20 mbps hehe.. mesti bersusun apps nak update.  Hari ni nurse nak datang untuk pemeriksaan 15 hari, biasanya awal dah sampai , tapi dah jam 11.00 pagi masih tak nampak batang hidung lagi. So Isnin 22 September 2014, jam 11.30 pagi aku bertolak pulang ke KD., tak dapat nak tunggu nurse.

Kiriman Mama : Thaqif , 22 September 2014 , 7.00 PM

12.45 tengah hari aku berehat seketika di RnR Pagoh untuk menanyakan sekali perkembangan Mama, syukur Alhamdulillah jahitannya dah ok, cuma jamu je tak dibenarkan makan hingga sebulan, takut penyakit kuning Thaqif naik balik.

Kiriman Mama : Thaqif , 23 September 2014 , 9.05 AM

Kiriman Mama : Thaqif , 23 September 2014 , 12.02 PM
Kiriman Mama : Thaqif , 23 September 2014 , 2.17 PM

24 September 2014, Mama inform Fira dah kena Chickenpox. Ini memang masalah besar. Akhirnya ahli keluarga dari rumah ni dah berjangkit. Mama confident yang Thaqif mungkin tak kena sebab susu badan. Sebelum ni adik ipar aku pernah kena dan anaknya Fadhilah tak kena walaupun nyusu badan secara direct. Lega sikit hati aku dengar penjelasan Mama.

Kiriman Mama : Thaqif , 24 September 2014 , 11.35 AM
Kiriman Mama : Thaqif , 24 September 2014 , 10.51 PM

Kiriman Mama : Thaqif , 25 September 2014 , 11.09 AM

Kiriman Mama : Thaqif , 25 September 2014 , 7.28 PM
25 September 2014,  Aku berkongsi cerita tentang anak buah ku Fira yang serumah dengan Thaqif sudah dijangkiti chickenpox. Anas cuba menghubungi rakan doktor nya di FB tentang suntikan antibiotik yang boleh diberikan pada bayi yang baru lahir. Doktor tersebut mencadangkan pergi ke Hospital Colombia Asia di Nusajaya dan bertemu dengan Doktor Razlina.

Aku decide untuk pulang ke Benut awal pagi ni gak untuk membawa Thaqif ke Columbia Asia. Anas juga setuju tuk membantu aku drive. Alhamdulillah. Aku pun tak cukup tidur malam tadi. Tak sampai 3 jam pun tidur nak siapkan kerja-kerja tertunggak selama 3 minggu tu.

26 September 2014, jam 2.30 pagi kami bertolak dari KD ke Benut. Jam 6.30 pagi kami sampai dan terus menuju ke kedai bersebelahan pasar di Kampung Nelayan Benut untuk bersarapan. Bila aku memaklumkan bahawa kami dah ada di Benut, Mama pula beritahu yang dia juga dah terkena jangkitan. Dah jumpa sebiji di tangan. Bertambah berat !

Sampai di rumah, Anas aku minta dia rehat dulu, dapat lelap sekejap pun ok. Anas lena dikejar bidadari. Dalam jam 12.00  tengah hari kami bertolak ke Nusajaya. Sejam juga perjalanan, kami terpaksa exit skudai kerana minyak hampir habis, lupa nak isi.

Proses pendaftaran Thaqif berjalan lancar, dan aku tak lama menunggu giliran. Boleh pilih doktor rupanya kat sini. Camtu doktor sini leh demand lebih la gaji mereka huhu.



Alhamdulillah, doktor Razlina mengesahkan buat masa ni Thaqif bebas dari sebarang jangkitan chickenpox. Doktor meminta aku mengasingkan Thaqif dari yang lain. Kuarantin!! Termasuk Mama. Ini bermakna aku akan menjaga Thaqif sepenuhnya. Mujur mak mertuaku  tak kena.

Doktor referkan Mama dengan dokor yang lain. Oleh kerana gilirannya lambat lagi, kami makan dulu di Cafe. Macam makan kat hotel la pulak  bila tengok penampilan pekerjanya di kitchen dan di counter. Mesti mahal ni ... Sangkaanku meleset , harganya mampu beli . Tapi masakannya memang hotelnya standard.

Jam dah 4.00 petang, kami ke kaunter semula menanyakan berapa lama lagi anggaran masa untuk kami. Kemudian kami diminta untuk menunggu di surau dan mereka akan memberitahu nanti apabila sampai giliran Mama. Kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Nusajaya, malangnya gerimis mengnjung tiba. Semstinya pantang utama orang yang kena chickenpox adalah tidak boleh terkena air hujan. Jadi kami hanya membatukan diri di dalam kereta saja.




Aku mula mencari seller di Mudah.my yang mejual pump susu dari jenama Avent yang boleh COD di Columbia Asia. Alhamdulillah, aku ketemu seorang seller yang boleh COD di sini dalam jam 6.00 petang, harganya pun murah sikit dari kedai RM200 jenis manual. Yang paling murah sekitar RM173 termasuk pos, Masalahnya bila boleh dapat , mahunya seller pos Isnin , paling cepat dapat Rabu kalau area rumah mertua aku ni. Aku nak guna malam ni gak !!!

Aku masuk semula seorang diri menemui nurse di kaunter, mohon mereka menelifon doktor dan minta utamakan kes kami kerana chickenpox. Lagipun bahaya kalau ada ibu-ibu yang mengandung kat sini, aku pun dah macam nurse haha.. Setelah mereka call doktor, kami diminta terus ke unit kecemasan. Alhamdulillah, taklah lama kami menunggu



Jam 5.45 petang, semua urusan untuk Mama telah selesai, sekarang ini hanya perlu menunggu seller datang sahaja. Janjinya jam 6.00 petang. Mak mertua aku dah start risau takut terlambat sampai rumah. Memang berpegang teguh dengan pantang-larangnya, Sama je dengan mak aku. walaupun ada kalanya diluar penakulan mantik , setidak-tidaknya mereka telah melepasi cabaran dan berjaya membesarkan kita.




Jam 6.15 petang, bro seller sampai dan kami terus pulang ke Benut dalam keadaan hujan semakin lebat. Seolah-olah mengerti perasaan kami terutama Mama tidak boleh lagi memeluk Thaqif untuk seketika.

Maka bermulah aku sebagai Mr Mama...........





Saturday, September 20, 2014

September 20, 2014

Selamat Pengantin Baru - Penerbangan AIN & WAN

Hari ni aku dan mertuaku akan bertandang memenuhi majlis perkahwinan sepupuku anak sulung Untie Yut , iaitu Ain dan pasangannya Wan di rumah mereka di Kampung Rumbia Melaka, juga bersebelahna rumah nenek aku.



Dari Benut aku bertolak dalam jam 10.00 pagi dan sampai kira-kira jam 12.30 tengah hari. Sampai jer aku tengok dah ramai tetamu hadir dan menjamu selera. Maklumlah kat Melaka ni jamuan start awal, kul 10.00 pagi pun dah ramai tetamu, tu sebabnya majlis kana habis awal. Pukul 5.00 petang dah habis kemas.



Lepas salam-menyalam dengan ahli keluarga dan kenalan, aku pi makan dulu hehe.. perut dah bercromok dari tadi. Emm sedap masakan dari katering masjid tanah ni, rendang dagingnya mantop !


Jam 1.00 petang mempelai mula berarak keluar dari arrival lounge

Ramai sungguh di boarding lounge untuk menyambut mempelai

Antara gambar yang berjaya dirakam oleh Gang Selfie Nek Limah Family's

Di hari pernikahan

Malam berinai








Tahniah Untie kerana mendapat menantu dan kepada pasangan mempelai Ain dan Wan , semoga kalian kekal ke anak cucu dan bahagia selalu.

Sunday, August 03, 2014

August 03, 2014

Memancing Ikan Di Minggu Raya


Hari ini 2 Ogos 2014 adalah Hari Raya ke enam. Aku dah janji ngan anak-anak buah aku tuk bawa mereka keluar memancing hari ni. Takde pe pun nak dibuat. Nak tunggu saudara datang, semua dah datang. Nak berjalan raya , semua umah dah pergi, so mancing jer la.

Setelah siap semua kelengkapan termasuk bekalan air, ( macam lama jer mancing ) kami terus menuju ke Sungai Benut. Kononnya nak mancing baung , tetapi memandangkan air tengah surut dan pergerakkan pun agak laju makanya aku batalkan hajat nak mancing di sini.



Kami beralih ke parit besar @ anak sungai bersebelahan dengan Sungai Benut. Hampir 30 minit gak kami termenung menanti pelampungnya tenggelam, Kumpau akhirnya. Kami pindah lagi ke lokasi yang lain. Kali ini di parit kampung lama. Biasanya bila balik dari Jumaat aku selalu nampak ikan timbul dipermukaan menerkam serangga. So kami mencuba nasib di sini.. Dalam 20 minit jugalah kami membangau di sini.



Akhirnya aku mengambil keputusan mancing dalam kolam ikan keli ajelah kat belakang umah . Oleh kerana itu maka ramailah pemancing cilik yang ingin mencuba nasib.










Mujurlah semua pemancing muda ini mendapat ikan ....

Saturday, July 26, 2014

July 26, 2014

Berbuka Puasa Di Hotel Sentral Johor Bahru



Boleh dikatakan last minute gak plan ni... Setelah ditimbang tara , maka kami memilih Hotel Sentral Johor Bahru sebagai lokasi berbuka puasa pada 24 Julai 2014 yang lepas.

Pukul 4.00 petang kami ,mak abah dan Ela dah bertolak dari kampung menuju ke hotel, aku terpaksa gerak awal kerana tidak mahu tersangkut dalam jem. Nanti mengganggu urusan kerja online aku.

Kul 5.00 petang kami dah sampai dengan bantuan Papago, nampak gayanya kamilah pelanggan pertama yang sampai hehe.

Aku terus ke cafe untuk pengesahan meja. Bila semua dah confirm baru kami naik ke lobby hotel menunggu ahli keluarga yang lain tiba.
















Secara keseluruhannya makanan sini memuaskan, sepadan dengan harga yang ditawarkan. Dewasa RM 48.00 , warga emas RM 35 dan Kanak-kanak RM25. Jika pembelian dibuat sebelum 25 Jun 2014, hanya perlu membayar RM38 perpax. Beli 10 percuma 1 , tetapi hanya dewasa sahaja.

Side dish di sini memang sedap bagi aku contohnya mee kari dan bubur pulut hitam. Memang terbaik. Oh ya kambing bakar juga ada disediakan so memang berbaloi dengan wang anda.