Saturday, December 06, 2014

December 06, 2014

Balik Kampung , Ops ! Singgah Nilai 3 Dulu Ya !


Dalam kul 12.30 baru kami bertolak balik ke Benut, tapi sebelum tu Mama nak bawa Mak shopping kat Nilai 3 syurga membeli belah barangan tekstil.






Pose istimewa dari Piya

RM 15 sahaja di sini, di Giant KD RM50 huhu
Kaum Adam yang tak nak temankan Hawa shopping, leh lepak minum kat sini
Ala-ala Langkawi 
Nak buka restoren memang pilihan yang tepat untuk ke sini
Deretan kedai permaidani
Lepas ngeteh goreng pisang dan keropok lekor di warung itu kami meneruskan perjalanan. Jam dah pukul 4 petang.. aku tak fikir sempat sampai sebelum Maghrib ! Ketika dah masuk sempadan Melaka, Mama ngadu lapar, kebetulan R&R Jejantas Ayer Keroh dihadapan. Mak memang teringin nak makan kat sini. Walaupun kerap ulang alik Johor ke KD bersama biras aku tapi tak berkesempatan singgah di sini. So kali ni aku dan Mama cuba pancing Mak tuk ngeteh lagi di sini.

Mama " Mak nak ngeteh kat jejantas ni ?" Mama cuba memancing
Mak " Ikutla , mak ikut ko jer
Aku " Tapi dah kul 5.00 petang , takut tak sempat sampai sebelum Maghrib" 
Mak " Mak ada takpe ! 

Begitulah seorang Mak yang akan sentiasa rasa anak-anaknya selamat bila berada di depan mata mereka. Kami akhirnya sampai di rumah Benut jam 8.00 malam.

Ngeteh di A&W di R&R Jejantas Ayer Keroh

Friday, December 05, 2014

December 05, 2014

Denggi , Selsema dan Neteller ....

Ketika kami ingin keluar lunch, aku ternampak beberapa Mat Smart mengetuk pintu rumah sambil membawa lampu suluh. Kebetulan yang sorang ni tengah mengetuk rumah yang selang 3 pintu sahaja, jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu. Rupa-rupanya mereka dari jabatan kesihatan nak buat pemeriksaan nyamuk Aedes terutama pam jamban. Setelah aku puas hati ngan kad yang ditunjuk, aku benarkan bro ni masuk dan buat pemeriksaan. Alhamdulillah , tiada sebarang jentik-jentik dikesan menumpang tidur kat rumah aku ni.

Aku sempatlah berbual bertanyakan kes-kes terkini jika ada, rupa-rupanya kat area Siantan ini dah ada yang dijangkiti, dan lebih mengejutkan aku tingkat 3 block aku ni telah dijumpai jentik-jentik di dua kawansan. Adeh ! Aku kena tukar plan nampaknya. Apapun kita makan dulu !!

Hari ini kami bawa Mak lunch buffet di Restoren Che' Nor Cendol Madu , kat sini terdapat pelbagai masakan berunsurkan sayuran, so Mak mesti suka. Aku macam biasalah, belasah lauk udang ngan sotong jer lebih hehe..

Selesa mengambil lauk bila ke sini diluar lunch hour
Sambal sotong yang menyelerakan
Thaqif lena ketika kami di Aeon Big KD
Setelah ditambah tolak bahagi darab , aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung Benut pada esok pagi juga, so Thaqif akan diberi suntikan di kampung sahaja. Soal denggi ni aku tak berani nak berkompromi. Aku pun apa lagi membeli 2 ubat nyamuk jenis liquid dan 2 jenis pepejal seperti bau minyak serai untuk langkah berjaga-jaga. So malam ni gak aku kena ke rumah adik perempuan aku Siti untuk ambil Debit card Neteller.

Untuk rawatan selsema Thaqif
Kul 9.00 malam aku dah gerak ke Kuaters Hospital SB, tapi sebelum tu aku singgah di farmasi area rumah aku ni untuk beli alat penyedut selsema Thaqif. Mamanya dah mengkaji dengan bantuan blog-blog, so ini alternatif yang boleh dicuba selain minyak bawang putih.

Yehaa.. senang dah pasni nak cairkan Net+ 

Thursday, December 04, 2014

December 04, 2014

Restoran Sari Ratu, Indonesian food, Authentic Nasi Padang , Dataran Sunway, Kota Damansara


Jam 12:00 tengahari kami dah sampai SOGO. Ingatkan tak ramai orang, penuh juga rupanya. Maklumla, YES ( Year End Sale ) sedang berlangsung. Mama pun tak terkecuali untuk turut serta. 2 jam gak kami di sini. Dapatlah Mama purse baru dan 2 pasang baju Thaqif, Piya juga tak terkecuali dengan sehelai gaun.

Jam 2.00 petang kami dah keluar dari SOGO, pada awalnya nak lunch kat SOGO ajer, tapi bila memikirkan takut terlewat keluar kang tak pasal-pasal tersangkut dalam jem. So aku decided untuk lunch kat area Sunway Kota Damansara aja. Dalam kepala otak aku antara Restoran Ayam Penyet ataupun Restoran Sari Ratu.

Gerimis di Kota Damansara. Kami memilih Restoran Sari Ratu kerana belum pernah lagi makan di sini. Lagi pun di sini ada Nasi Padang, so tentu Mama dan Mak mertua aku terkejut nanti dengan presentation mereka seperti mana aku terkejut ketika makan di Jakarta dulu.
.

Hanya kami sahaja di dalam restoran ini, maklumlah sudah jam 3.00 petang, lunch hour pun dah habis. Aku cuba bertanya pada pelayan sama ada konsep nasi padang mereka sama seperti di Indonesia. Rupanya tidak. Kami harus memilih lauk kami sendiri. So aku dan Mama pun buat pilihan.


Perasmian oleh Wakil Duta Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur
Gulai Kambing
Asam Pedas Ratu Ikan Merah
Gulai ayam
Masak Lemak Sayur Nangka

Ayam gorem rempah special

Kentnag Teri
Bergedel
Sambal Hijau
Udang Galah Goreng Kunyit
Jemput makan !
Senarai harga yang agak mahal. Sambal hijau sampai RM3.50 sepiring ??


Secara keseluruhannya semua sedap, cuma menu istimewa mereka Asam Pedas Ratu tu bagi aku kurang ump sikit. Mungkin tekak aku dah biasa sangat ngan asam pedas Melaka agaknya. Harga pun agak mahal, so untuk kami bukanlah restoran yang boleh didatangi selalu huhu.

Kalau kami ke sini lagi, mungkin bergedel dan sambal hijau kami skip sebab macam tak berbaloi dengan harganya RM3.50 setiap satu. Itu kata kami lah.. tapi kalau dah memang berduit, apa nak dikira sangat, ye tak ??


Wednesday, December 03, 2014

December 03, 2014

Restoran JM Bariani House , Giant Kota Damansara

Hari ni kami tak jalan jauh, hanya ke Giant tuk melayan Piya bermain di taman permainan di situ. Aku pun banyak kejer nak disiapkan. Maklumlah awal bulan, nak closing account. So lepas makan kat Giant aku akan terus ke office.

So lunch kali ni kami nak bawa Mak makan kat JM Bariani House. Bagi dia cuba bariani kat sini lak. Masa bulan puasa hari tu nak berbuka kat sini dah penuh. So kali ni kami berkesempatan membawa Mak.

www.jmbariani.com : laman web masih belum lengkap sepenuhnya
Lot F-17, Giant Kota Damansara, Petaling Jaya , Selangor. Tel : 03-6142214
19 cawangan boleh didapati JM Bariani House
JM Bariani House, nama yang tidak asing lagi. Bagi aku, mee bandung di sini sungguh sedap. Mengikut banting iklan mencari pekerja yang dipamerkan diluar restoran ini, terdapat 19 cawangan setakat ni. Satu jumlah yang agak besar juga. Cuma yang kami selalu pergi di Giant Kota Damansara ini dan di Tesco Mutiara Damansara.

" Uncle nak makan apa ? Piya belanjer ! "
Bolehla Pama ngan Mama makan ngan tenang

JM gabungan dari Jamilah dan Mustapha

Bariani Ayam Berempah
Bariani Kambing
Bariani Daging

Sungguh cukup rempah ratusnya, dan ini diakui oleh Mak kami sendiri

Bagi kami bertiga, ketiga-tiga menu ini sungguh sedap. Setanding ngan kedai-kedai di Batu pahat. Cuma harga jer tak setanding hehe.

Lepas menjamu selera , aku terus ke office meninggalkan mereka di Giant. Dah puas jalan nanti barulah Mama akan call suh amik balik.


Tuesday, December 02, 2014

December 02, 2014

Menjengah ke Pasaraya Borong GM Klang


Hari ini hari terakhir Abang Zaidi dan Kak Ros di rumah kami. Jadi lepas shopping di GM Klang , mereka akan terus balik JB.

GM Klang ni boleh dikatakan antara lokasi favorite selepas SOGO, Maklumlah pakai wanita dan baby banyak di sini dan semestinya murah-murah. Mana tak keruan dibuatnya. Sekang ni pun dah ada free wifi , so mudahlah untuk aku wat urusan harian aku. Jika sebelum ni signal 3G pun susah nak dapat, line telefon tak stabil. Memang aku rungutlah nak balik cepat kalau pergi hari bekerja.

Awal juga kami sampai , dalam jam 11.00 pagi. Jalan ke kawasan parkir pun sudah berubah, jadi berpusing-pusing jugalah kami mencari parkir.

Antara kedai yang menjadi persinggahan kami

Tiap kali datang ke sini aku sentiasa mengintai peluang yang ada untuk aku grab. Peluang business yang boleh kami suami-isteri jalan kan bersama. Tapi bila dah ada Thaqif skang ni, maka eloklah aku lupakan dulu, biar Mama tumpukan pada Thaqif. Itu lebih baik.

Setelah naik turun , akhirnya ada juga yang dibeli. Mama dapat sepasang baju dan mainan untuk Thaqif. Aku dengan cermin mata hitam untuk memandu. Yang lama dah teritnggal kat Benut ketika berkaraoke bersama Piya huhu. Aku rasa inilah trip yang paling cepat sepanjang ke sini selama ini. Mungkin sebab budak-budaknya ramai, payah nak handle.

Mujur Thaqif tak cerewet duduk dalam stroller

Sebelum pulang, kami lunch dulu di Marrybrown di tingkat bawah bahagian luar. Sini satu-satunya restoran segera yang ada menjual ayam goreng. Budak-budak, biasalah.. ayam goreng jer . Lagipun ada menu nasi ayam kat sini. So siapa yang lapar nasi leh pilih nasi ayam.

Berakhirlah percutian keluarga Abang Zaidi dan Kak Ros serta anak-anak mereka di sini. Jika sebelum-sebelum ni Hakim dan Haziq akan stay bersama kami time cuti sekolah panjang camni. Tapi oleh kerana kami dah ada Thaqif dan masih bayi lagi jadi terbantutlah hasrat mereka. Walau bagaimanapun kami telah berjanji akan pulang ke Benut nanti bersama Wii, so bolehlah main kat kampung jer nanti.

Dalam jam 3.30 petang, kami berpisah, satu ke KD satu ke JB...

Monday, December 01, 2014

December 01, 2014

Taman KLCC - Impian Danisha Husna disempurnakan akhirnya


Hari ini kami semua ke KLCC bagi memenuhi hajat Danisha Husna yang cemburukan 2 orang abangnya yang telah kami bawa sebelum ni. Yang lebih menarik lagi kami akan menaiki LRT, ini adalah permintaan mak mertua aku, jadi kami ikutkan aja. Lagipun sekarang ini cuti sekolah, jalan akan sibuk dan parking pun penuh. So kami setuju cuma harap kat LRT taklah ramai orang, kalau tak susah gak Mama ngan Thaqif nanti.

11.55 pagi  kami sampai di SOGO. Mujur jalan tak jam walaupun kami dah agak lewat keluar rumah.  Tapi ada massalah pulak. Anak bujang aku dah cup-cup, tembus lak tu huhu.. camner lah Mama tak perasan ni ... mujur Mama ada bawak baju spare, ala-ala baju tidur gitu haha.. boleh lah..

Kami terus ke tingkat 6  ke food court. Sebelum berjalan kene isi perut dulu, barulah bertenaga. Maklumlah nak berebut naik LRT nanti.

Untuk ke KLCC, kami harus menukar train di stesen Masjid Jamek, kemudian baru lah terus ke KLCC. Dari stesen Bandaraya nak ke Masjid Jamek taklah pengguna, cuma dari Masjid Jamek ke KLCC boleh tahan gak ramainya, mereka nak lunch kat KLCC kot ? Mujur Mama diberi seat oleh mereka yang berhati mulia.

Sampai je KLCC kami terus menghala ke Taman KLCC , taman yang dulunya bekas tempat lumba kuda.

Anakku Thaqif tidur nyenyak 

Kami di KLCC !!

Tertunai juga akhirnya impian Icha 

Tak sampai 2 jam pun di Taman KLCC ni kami dah nak pulang, memang plan nak keluar dari bandar KL ni sebelum jam 4 petang. Kalau tak , berkaraoke dalam kereta la jawabnya.

Lepas ni kalau nak gi KLCC naik train , memang tak lah kalau ada budak-budak, lagi pulak ada baby.. cukup ni jer la hehe..