• Taman KLCC - Impian Danisha Husna disempurnakan akhirnya


    Hari ini kami semua ke KLCC bagi memenuhi hajat Danisha Husna yang cemburukan 2 orang abangnya yang telah kami bawa sebelum ni. Yang lebih menarik lagi kami akan menaiki LRT, ini adalah permintaan mak mertua aku, jadi kami ikutkan aja. Lagipun sekarang ini cuti sekolah, jalan akan sibuk dan parking pun penuh. So kami setuju cuma harap kat LRT taklah ramai orang, kalau tak susah gak Mama ngan Thaqif nanti.

    11.55 pagi  kami sampai di SOGO. Mujur jalan tak jam walaupun kami dah agak lewat keluar rumah.  Tapi ada massalah pulak. Anak bujang aku dah cup-cup, tembus lak tu huhu.. camner lah Mama tak perasan ni ... mujur Mama ada bawak baju spare, ala-ala baju tidur gitu haha.. boleh lah..

    Kami terus ke tingkat 6  ke food court. Sebelum berjalan kene isi perut dulu, barulah bertenaga. Maklumlah nak berebut naik LRT nanti.

    Untuk ke KLCC, kami harus menukar train di stesen Masjid Jamek, kemudian baru lah terus ke KLCC. Dari stesen Bandaraya nak ke Masjid Jamek taklah pengguna, cuma dari Masjid Jamek ke KLCC boleh tahan gak ramainya, mereka nak lunch kat KLCC kot ? Mujur Mama diberi seat oleh mereka yang berhati mulia.

    Sampai je KLCC kami terus menghala ke Taman KLCC , taman yang dulunya bekas tempat lumba kuda.

    Anakku Thaqif tidur nyenyak 

    Kami di KLCC !!

    Tertunai juga akhirnya impian Icha 

    Tak sampai 2 jam pun di Taman KLCC ni kami dah nak pulang, memang plan nak keluar dari bandar KL ni sebelum jam 4 petang. Kalau tak , berkaraoke dalam kereta la jawabnya.

    Lepas ni kalau nak gi KLCC naik train , memang tak lah kalau ada budak-budak, lagi pulak ada baby.. cukup ni jer la hehe..
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment