Wednesday, December 03, 2014

Restoran JM Bariani House , Giant Kota Damansara

Hari ni kami tak jalan jauh, hanya ke Giant tuk melayan Piya bermain di taman permainan di situ. Aku pun banyak kejer nak disiapkan. Maklumlah awal bulan, nak closing account. So lepas makan kat Giant aku akan terus ke office.

So lunch kali ni kami nak bawa Mak makan kat JM Bariani House. Bagi dia cuba bariani kat sini lak. Masa bulan puasa hari tu nak berbuka kat sini dah penuh. So kali ni kami berkesempatan membawa Mak.

www.jmbariani.com : laman web masih belum lengkap sepenuhnya
Lot F-17, Giant Kota Damansara, Petaling Jaya , Selangor. Tel : 03-6142214
19 cawangan boleh didapati JM Bariani House
JM Bariani House, nama yang tidak asing lagi. Bagi aku, mee bandung di sini sungguh sedap. Mengikut banting iklan mencari pekerja yang dipamerkan diluar restoran ini, terdapat 19 cawangan setakat ni. Satu jumlah yang agak besar juga. Cuma yang kami selalu pergi di Giant Kota Damansara ini dan di Tesco Mutiara Damansara.

" Uncle nak makan apa ? Piya belanjer ! "
Bolehla Pama ngan Mama makan ngan tenang

JM gabungan dari Jamilah dan Mustapha

Bariani Ayam Berempah
Bariani Kambing
Bariani Daging

Sungguh cukup rempah ratusnya, dan ini diakui oleh Mak kami sendiri

Bagi kami bertiga, ketiga-tiga menu ini sungguh sedap. Setanding ngan kedai-kedai di Batu pahat. Cuma harga jer tak setanding hehe.

Lepas menjamu selera , aku terus ke office meninggalkan mereka di Giant. Dah puas jalan nanti barulah Mama akan call suh amik balik.


No comments:

Post a Comment