Saturday, November 15, 2014

November 15, 2014

Murtabak Singapura Murtabak Special , Pasar Ayer Hitam


11 November 2014 | Selasa


Dari semalam petang lagi Kak Long ajak kami ke Pasar Ayer Hitam, Batu Pahat untuk membeli pasu pokok-pokok kaktusnya. Memandangkan sudah petang , tiada siapa yang bersetuju. Tetiba entah camner ada pakatan merancang untuk pergi esok pagi ( hari ini ), so aku pun setuju la , lagipun bukan jauh mana pun.

9.30 pagi kami dah bertolak dengan 2 biji kereta melalui lebuhraya. 10.15 kami sampai, tak banyak lagi kedai-kedai yang buka. Maklumlah hari biasa.

Suasana masih lengang dari kehadiran pengunjung
Mak sibuk memilih bunga 


" Da kencing mak ! " Kata Piya

Along dan Kak Long tengah memilih corak yang sesuai untuk kaktus nyer

"Ala.. senang jer nak buat ni " kata Abah
 Hanya 1 jam sahaja kami dah selesai shopping di sini. Eloklah tu, Thaqif pun kurang selesa kerana cuaca sudah mula terik. ..

Jika nak tengok pic yang lain disekitar Pasar Ayer Hitam ini bolehlah melawat SINI

Di saat semua nak balik aku ajak minum dulu. Aku tertarik dengan signage nya . MURTABAK SPECIAL !! Kedai ni betul-betul seberang jalan mengadap Pasar Ayer Hitam ni.



Antara menu yang dijual selain murtabak
Base Murtabak Singapura yang ready made


Bila ada tempahan, base tersebut akan dibalut berlapis-lapis 




Murtabak Singapura memang terbaik !!

1 hidangan boleh dimakan 4 orang

 Kami semua berpuas hati dengan Murtabak Singapura ini, walaupun agak mahal RM15 sekeping, tetapi dengan bahan-bahan yang digunakan tidak kedekut membuatkan murtabak ini cukup rasa. Yang penting bagi aku lak, dagingnya tidak berbau.

Lepas ni kalau diajak lagi ke Pasar Ayer Hitam ini, aku dah tahu mana nak lepak sambil menunggu mereka berbelanja hehe

Sunday, November 09, 2014

November 09, 2014

Sambutan Majlis Hari Lahir untuk Uncle & Haziq


7 November 2014

Ini tarikh keramat untuk diri aku. Tarikh di mana aku telah dilahirkan ke dunia yang penuh proganda ini. Hari ini genap umurku TIGA PULUH LIMA tahun..  Fuh ! Tua dah.. Dengan umurku sebanyak ini apa yang aku telah miliki ? Assets - Liabilities = ???

Ini azam aku, cita-cita pun ya gak... 10 tahun akan datang.. Aku dah bergelar jutawan senyap !! Retire young retire rich . 45 tahun tu kire muda ker haha ?

Walau apa pun... kini aku dah ada Muhammad Aqil Thaqif, inilah aset kami yang paling berharga.. nilainya akan datang bergantung kepada kami menggilapnya. Semoga kami berdua dapat memdidik dan membimbingnya AMIN..

Birthday card untuk Papa
Terima kasih Mama

8 November 2014.

Satu majlis ringkas untuk menyambut ulang tahun kelahiran aku dan Haziq telah diadakan. So macam biasalah.. budak-budak yang akan memeriahkan suasana majlis ini
.








Terima kasih kepada semua yang terlibat mengadakan majlis ini....

Thursday, November 06, 2014

November 06, 2014

Nasi Ayam Taman Rengit Jaya , Rengit Batu Pahat


Hujung minggu aritu dalam program jalan-jalan cari makan di TV3, mereka telah ke Batu Pahat. Dan salah satu restoran yang menjadi singgahan mereka iaitu Restoran Nasi Ayam Taman Rengit Jaya di Rengit Batu Pahat. Kalau dari rumah mak mertua aku hanya sekitar 16 KM sahaja. Jadi kami decide untuk pergi dan rasa sendiri. Tengok dalam tv tu, semua kata sedap jer bila ditanya . Ya ker ni ??

5 November 2014. Lepas lunch ala kadar tuk isi perut kami terus ke Pekan Rengit. Mak dan Abah nak wat IC baru. Aku pun nak amik MyKid Thaqif. Jadi kami decide tuk setlekan semua ni dulu baru makan.

Sebelum masuk simpang ke JPN, kami dah nampak dah kelibat restoren tersebut. Tak jauh rupanya. Elok sangat dah tu.. Perut aku dah lapar .. maklumlah enjin 2.0.


Masuk jer JPN, lega aku tengok langsung takde orang. Tersenyum lebar mertua aku tak perlu nak tunggu lama. Dalam 30 minit dah siap. Sempat lagi  brother jaga kaunter tu share petua family mereka mengenai rahsia gigi tersusun cantik.. Camni baru keje tak stress dan orang tua pun suka..

Panduan memohon tukar ganti kad pengenalan dalam talian. Hanya jika anda setuju untuk menggunakan gambar yang lama.

Bila sampai urusan aku, Opps belum siap lagi .. Kena tunggu lagi.. Dia pun terang panjang lebar, dan alasannya meyakinkan aku.. No problem. So skang, makan time, yes !

Papan tanda ni lah yang aku nampak dalam TV3 aritu, confirm !

Nasi Ayam Taman Rengit Jaya 1 Jalan Rengit Jaya 83100 Sungai Punggor Johor Malaysia

Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam
Aku dan Mama order nasi ayam..
Mak order mee rebus
Aksi Mama dan Piya menjamu selera
Zooming , ok ada tanda Jalan-Jalan Cari Makan telah datang
Zooming menu-menu yang ada dijual
Kesimpulannya bagi kami Nasi Ayamnya biasa aja, tapi ayam gorengnya memang sedap dan rangup. Manakala mee rebusnya memang terrrbaik !! Kami semua puji mee rebusnya siap tapau 2 bungkus bawak balik hehe...

Friday, October 31, 2014

October 31, 2014

Alhamdulillah , Anak Papa Dah Sembuh !


Terima SMS dari nurse Doc Razlina suh hadir awal 5 hari dari yang dijadualkan kerana dia akan mula bercuti.


Di bilik pemeriksaan Doktor Razlina , Columbia Asia Nusajaya
 Alhamdulillah, setelah pemeriksaan dibuat, Thaqif telah sembuh sepenuhnya. 

Restoren Sedap Corner, Aeon Bukit Indah

Habis jer appointment, kami terus ke Aeon Bukit Indah yang tak jauh dari hospital. Perut kene isi dulu, kalau makcik-makcik ni dah shopping , makan pun leh lupa. 2 kali pusing baru jumpa restoren yang sesuai tuk kami, ada yang nak wastern, ada yang nak nasi.. so Sedap Corner la jawapannya


Piya berjaya membawa pulang seekor kura-kura, hooyey !!

Dah abis duit beli baju, masa tuk habiskan duit kat sini lak.

Confused ! Nak bawa Piya main ke apa ni ??
Katanya nak layan Piya main, tapi aku tengak yang tukang bawa lak over acting haha.. maklumlah kecik-kecik dulu tak jumpa semua ni...

Piya dengan aiskrim kegemarannya Magnum

Thaqif dengan 1st car nya
Alhamdulillah, nampaknya Thaqif tak cerewet untuk diletakkan dalam stroller. So tak lah susah sangant lepas ni kalau nak berjalan. Fuh lega ...

Wednesday, October 29, 2014

October 29, 2014

Pasar Borong Kampung Nelayan, Benut

Pasar borong ni memang cukup popular bagi aku sebab orang luar sanggup datang sini. Aku sendiri pun suka ke sini sebab banyak pilihan dan murah.

Majoriti yang datang ke sini adalah peniaga ikan semestinya dan pengusaha kedai makan. Dibuka setiap hari melainkan Isnin dari jam seawal 4.00 pagi dan berakhir jam 8.00 pagi. Jika anda terlepas waktu tersebut, anda masih lagi berpeluang membeli di pasar basah bersebelahan dengan pasar borong ini.

Pelbagai jenis makanan laut boleh didapati. Cuba tengok harga sotong tu !
Udang besar saiz A boleh dibeli dengan harga RM23 per kg, jika di Kota Damansara RM39 pun pernah aku beli huhu

Mama tengah memilih ikan kerisi
Orang perempuan kalau pilih lauk ....

Pasar Basah yang bersebelahan Pasar Borong, selain ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran ada dijual di sini

Ikan pari bersaiz besar...

Servey dulu setiap kedai, adakalanya berbeza.. skill tawar menawar sangat berharga di sini
Orang lelaki kalau bosan menunggu boleh duduk minum atau bersarapan di sini
Warung menjual sarapan yang menjadi kegemaran kami, kuih 4 seringgit , nasi lemak , meegoreng, bihun , kueh tiaw semua seringgit juga

Stesen perhentian bas Benut yang mengadap pasar borong


Kampung Nelayan, Benut
So, kalau nak makan seafood segar dan murah.. time kami balik Benut la hehe..


Mama wat Tomyam lunch hari ni !!