• Murtabak Singapura Murtabak Special , Pasar Ayer Hitam


    11 November 2014 | Selasa


    Dari semalam petang lagi Kak Long ajak kami ke Pasar Ayer Hitam, Batu Pahat untuk membeli pasu pokok-pokok kaktusnya. Memandangkan sudah petang , tiada siapa yang bersetuju. Tetiba entah camner ada pakatan merancang untuk pergi esok pagi ( hari ini ), so aku pun setuju la , lagipun bukan jauh mana pun.

    9.30 pagi kami dah bertolak dengan 2 biji kereta melalui lebuhraya. 10.15 kami sampai, tak banyak lagi kedai-kedai yang buka. Maklumlah hari biasa.

    Suasana masih lengang dari kehadiran pengunjung
    Mak sibuk memilih bunga 


    " Da kencing mak ! " Kata Piya

    Along dan Kak Long tengah memilih corak yang sesuai untuk kaktus nyer

    "Ala.. senang jer nak buat ni " kata Abah
     Hanya 1 jam sahaja kami dah selesai shopping di sini. Eloklah tu, Thaqif pun kurang selesa kerana cuaca sudah mula terik. ..

    Jika nak tengok pic yang lain disekitar Pasar Ayer Hitam ini bolehlah melawat SINI

    Di saat semua nak balik aku ajak minum dulu. Aku tertarik dengan signage nya . MURTABAK SPECIAL !! Kedai ni betul-betul seberang jalan mengadap Pasar Ayer Hitam ni.



    Antara menu yang dijual selain murtabak
    Base Murtabak Singapura yang ready made


    Bila ada tempahan, base tersebut akan dibalut berlapis-lapis 




    Murtabak Singapura memang terbaik !!

    1 hidangan boleh dimakan 4 orang

     Kami semua berpuas hati dengan Murtabak Singapura ini, walaupun agak mahal RM15 sekeping, tetapi dengan bahan-bahan yang digunakan tidak kedekut membuatkan murtabak ini cukup rasa. Yang penting bagi aku lak, dagingnya tidak berbau.

    Lepas ni kalau diajak lagi ke Pasar Ayer Hitam ini, aku dah tahu mana nak lepak sambil menunggu mereka berbelanja hehe
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment