Wednesday, October 29, 2014

Pasar Borong Kampung Nelayan, Benut

Pasar borong ni memang cukup popular bagi aku sebab orang luar sanggup datang sini. Aku sendiri pun suka ke sini sebab banyak pilihan dan murah.

Majoriti yang datang ke sini adalah peniaga ikan semestinya dan pengusaha kedai makan. Dibuka setiap hari melainkan Isnin dari jam seawal 4.00 pagi dan berakhir jam 8.00 pagi. Jika anda terlepas waktu tersebut, anda masih lagi berpeluang membeli di pasar basah bersebelahan dengan pasar borong ini.

Pelbagai jenis makanan laut boleh didapati. Cuba tengok harga sotong tu !
Udang besar saiz A boleh dibeli dengan harga RM23 per kg, jika di Kota Damansara RM39 pun pernah aku beli huhu

Mama tengah memilih ikan kerisi
Orang perempuan kalau pilih lauk ....

Pasar Basah yang bersebelahan Pasar Borong, selain ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran ada dijual di sini

Ikan pari bersaiz besar...

Servey dulu setiap kedai, adakalanya berbeza.. skill tawar menawar sangat berharga di sini
Orang lelaki kalau bosan menunggu boleh duduk minum atau bersarapan di sini
Warung menjual sarapan yang menjadi kegemaran kami, kuih 4 seringgit , nasi lemak , meegoreng, bihun , kueh tiaw semua seringgit juga

Stesen perhentian bas Benut yang mengadap pasar borong


Kampung Nelayan, Benut
So, kalau nak makan seafood segar dan murah.. time kami balik Benut la hehe..


Mama wat Tomyam lunch hari ni !!

No comments:

Post a Comment