Monday, August 26, 2013

August 26, 2013

Mandi manda di Wonderland Melaka

Sabtu 24 Ogos 2013. Lebih kurang jam 11.15 pagi,  kami sampai di sini dari Kota Damansara. Aku memang tak pernah lagi ke sini, nama jer orang Melaka. Tapi disebabkan anak dara Icha ni ada, maka kami bawa lah dia ke sini bagi memenuhi percutiannya..

Tak banyak kereta kelihatan diruang pakir ini bermakna tak ramai pengunjung yang datang. Aku parking betul-betul depan pak guard supaya lebih selamat sebab ada 2 biji laptop dalam kereta

Seperti yang dijangka memang tak panjang orang beratur membeli ticket. Sedang aku beratur tiba-tiba satu kejadian yang cukup tragis berlaku di depan mata. Baby dalam linkungan 10-12 bulan boleh terjatuh dari stroller . Macam manalah parent dia orang ni jaga anak ish ish..

Ticket dewasa berharga RM 30 dan kanak-kanak berharga RM 25, so dengan tiket  2 dewasa , 1 kanak-kanak, kami pun masuk ke dalam...





















Kalau orang tanya aku best ke kat sini ? Dari 5 bintang aku bagi 3 jer. Tapi kalau tanya budak-budak, memang best jer la..

Jam 2.30 petang kami berangkat pulang, kami akan bermalam dulu di rumah Mak di Alor Gajah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lokasi  : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca ( 15 minit dari exit tol Ayer Keroh )
Tel: +606 231 3333 / 3331 / 1119 / 1115
Operation hours : Weekday 11.00 - 19.00
                                Weekend  09.00 - 19.00
                                Monday Closed

Monday, July 15, 2013

July 15, 2013

Berbuka Puasa Di De' Chiengmai Thai Seafood Restaurant, Sungai Buloh


Hampir 2 tahun gak kami menetap di Kota Damansara tapi tak pernah dengar nama restoran ni, mungkin dah terlalu banyak restoran kat The Strand dan Giza , jadi yang berada diluar kawasan kurang dibualkan.

Bila adik aku Siti dan Arie ajak berbuka di De' Chiengmai Thai Seafood , kami terus setuju. Dengar nama pun dah gah bunyinya. Mesti sedap makanan di sini.

14 Julai 2013, Jam 6.00 petang kami bertiga dah bertolak menggunakan GPS , padahal bukan jauh pun...  Kami harus mengharungi Bazar Ramadhan di laluan masuk Kampun Melayu. Jadi ada baiknya kami bertolak awal.

Sepanjang perjalanan nak ke restoran ini dari simpang ke Kampung Melayu dibarisi dengan kedai makan mahupun restoran tomyam dan seafood. Jadi mata kami turut mencari . Dah macam pelancong di Bangkok la pulak. Kami tersasar jugak . Tak sangka rupanya yang macam resort ni adalah restoren yang akan kami berbuka puasa.


Sementara menanti adik aku sampai, kami menghayati keindahan dan senibina restoran ini. Dalam kepala otak aku hanya fikir berapa lah modal tokey dah invest untuk setup restoran  sebegini. Lepas satu persatu kereta masuk parking. Kejap jer dah penuh. Tadi kereta aku jer terpacak. Sampai awal la katakan huhu..  Ops ! Gerimis mengundang, maka kami masuk ke dalam menanti mereka.



Tak lama pastu mereka sampai. Kami masuk ke dewan makan, kelihatan semua meja berisi tetamu. Mujur Arie dah booking awal , lagipun dia kenal ahli keluarga empunya restoran ni. Malangnya kawannya itu tak update dengan kaunter, jadi kami diberikan meja di dewan makan yang lain.. Nampak privacy la pulak huhu..


Aku serahkan bulat-bulat pada mereka untuk order makanan yang sedap-sedap. Ada Siakap masak stim , tomyam, ayam goreng pandan dan sayur kailan. Bagi tekak aku, tomyam dia memang sedap, kalah tukang masak aku masak ..


 De Chiengmai Thai Seafood Restaurant
No 95, Jalan Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, SelangorJalan Kusta Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia
Contact Info 03 – 61401870, 03 – 61563225, (fax) 03 – 61402953
Operation hours : 12:00 PM – 10:30 PM




Terima kasih kepada Siti dan Arie kerana belanja kami di sini, ada rezki kami ke sini lagi ngan ahli keluarga yang lain, Insya Allah.





Sunday, May 12, 2013

May 12, 2013

Trip Memancing Haruan Di Chaah, Segamat

Hari ini kami berpeluang mengikut Papa memancing haruan di Chaah Segamat. Sejujurnya aku tak pernah sampai kat sini, atau mungkin pernah lalu jer tapi tak pernah berhenti untuk makan atau jalan-jalan di sini, apa lagi kalau bermalam.

So dalam kepala otak aku gambaran lokasi tempat mancing ni adalah ladang kelapa sawit, tu pun sebab Papa yang cakap sebab ni memang antara port favorite mereka.

Kul 9.00 pagi tadi kami dan Papa dah menuju ke rumah Pak Cik Shaari di Sungai Petai untuk mengambilnya. Kemudian barulah kami bertolak menuju ke destinasi. Lebih kurang 1 jam gak perjalanan kami pun sampai ke pekan Yong Peng, Kami berhenti disebuah gerai untuk minum pagi. Kemudian membeli 2 pasang but getah untuk protection dari binatang bisa , ranting tajam dan sebagainya.

Kami meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke destinasi iaitu kawasan ladang sawit yang cukup luas.


Goreng pun sedap ni
Haruan pertama berjaya dinaikkan di Port 1

Kul 2 petang kami stop dulu tuk isi perut, kami menghala ke Utara ke pekan Chaah untuk menjamu selera. Kemudian kami menuju ke port baru. Aku hanya memutarkan stering aja mengikut arahan otai berdua ni. Memang tak sempat nak hafal jalan, aku harus berhati-hati memandu kerana takut bumber depan aku tersangkut.










Terlekatnya Sang biawak ni maka penutup lah trip memancing bersama otai berdua ni.. Dalam jam 5.30 petang kami bertolak keluar dari ladang kelapa sawit . Banyak lagi yang perlu kami pelajari untuk menjerat Raja Paya ni.. Apa yang terbukti, gewang atau katak tiruan tidak diperdulikan di sini erkkk...

Tuesday, April 16, 2013

April 16, 2013

Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Asalnya nak jalan-jalan ke Kuala Selangor tuk makan cendol Burhan sekaligus menjejak karipap gergasi. Dah berulang kali kami ke kuala Selangor tapi tak jugak jumpa Karipap Gergasi ni. Tapi bila aku cuba google resort yang berdekatan dan menarik, aku terjumpa Sekin Fisherman Village Hotel and Resort ni sedang buat promosi bilik. Lepas diskaun harganya RM90. Aku tak fikir panjang terus call wat reservation. Dalam kepala otak aku malam tu leh mancing !!

14 April 2014 , lebih kurang 12.45 tengah hari kami bertolak dari Kota Damansara. Akhirnya trip kali ini kami berjaya jumpa karipap gergasi. Lokasinya tidak jauh dengan Cendol Bakar pandu lalu, sebelum simpang 3 jalan ke Teluk Intan dan Meru.




So kamu belilah 2 biji, 1 ayan dan 1 daging. Berbaloi ke dengan wang anda ? Tu kena cuba sendiri. Sambil drive sambil makan, lagipun perut dah berdendang. Kami meneruskan perjalanan bergantung dengan GPS.

Pintu masuk utama Sekin Fisherman Village Hotel and Resort & Restoran Sekinchan Ikan Bakar
Pemandangan yang bertentangan dengan resort
Antara tarikan resort ini ialah kolam ikannya yang telah menempatkan sekitar 50000 ekor ikan. Yang aku nampak ikan talapia dan patin. Kalau bawa anak-anak ke sini sangat sesuailah beli dedak di kaunter dan beri ikan-ikan ni makan.

Yang menarik lagi pasal kolam ikan ini ialah anda boleh memancingnya dengan kadar RM15 perjoran manakala kadar sewa joran ilah RM5. Anda dibenarkan memancing 2 ekor ikan dan RM15 ini termasuk upah masak. Maknanya dah dapat ikan 2 ekor leh bagi kitchen masak terus. Kami pun tidak ketinggalan mencubanya untuk menu lunch kami. Berjayalah daratkan 2 ekor ikan iaitu talapia dan patin. Kami disarankan masak asam pedas untuk patin dan goreng cili untuk talapia. Asam pedasnya memang tip top !!

Kolam ikan yang menempatkan 50000 ekor ikan  bersebelahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar

Boleh beli dedak RM2 di kaunter dan beri ikan makan






Lepas makan kami ke pantai, melihat kapal-kapal nelayan yang mahu pulang di samping merelakan badan di belai angin laut...

Menara tinjau dengan ketinggian 24 meter
 Satu lagi tarikan di sini iaitu menara kawalan  tinjau setinggi 24 meter. Dengan bayaran RM1 anda boleh naik hingga ke pucuknya dan skodeng seluruh perkampungan nelayan di sini.




Kami tak sangka Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini adalah restoran yang sama yang telah tutup di The Strand Kota Damansara yang mengadap Pasaraya Giant. Tapi kali ini jauh lagi sedap.

Lepas makan kami terus ke pantai untuk mancing, malangnya air dah surut, kami pacakkan juga hingga jam 12.00 pagi namun tetap tiada hasil. So balik bilik , tido lagi baik haha.


Esoknya kami terlambat bangun. Lena dibuai aingin laut agaknya. So kami lah orang yang terakhir bersarapan huhu..

Kalau nak kate seronok ke tak , bagi aku biasa jer... macam kami ni jiwa kekampungan sikit, so tempat-tempat camni kami suka lebih-lebih lagi yang ada beraneka jenis makanan hehe..

Cendol durian Burhan

So on the way balik ke rumah, macam biasa kami tutupkan dengan makan cendol durian Burhan dulu...



Saturday, January 26, 2013

January 26, 2013

Jom mandi-manda di Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai

Usu dan Dayah nak cari barang baik di Sogo, biasalah bila ada sales kat Sogo ni leh wat orang pempuan histeria !!

Kami decide ke Felda Residence Hot Spring Sg. Klah, Sungkai, mak pun tak puas ke sini dulu. Aku pun suka gak ke sini dapat mandi air sejuk dan panas .




Kami mandi air gunung dulu, Ini first time Fira mandi kolam, pada awalnya tak nak turun tapi bila dah mandi tak nak naik pula..

Di kolam air panas . Fira berjaya mandi. Ingatkan tak tahan dengan suhu airnya. 

Inilah cerita ringkas tentang percutian kami ke sini, Kami happy bila nampak Fira happy mandi-manda di sini...