Sunday, November 30, 2014

Pantai Tanjung Biru Teluk Kemang , Port Dickson


29 November 2014

Petangnya kami menuju ke Pantai Tanjung Biru, Teluk Kemang untuk aktiviti sukaneka pula. Kami pergi agak lewat kerana harus menunggu Dayah sampai dari Melaka kerana terlibat dengan pengendalian kursus anjuran PPD. Fuh! Berapa banyak "kerana" lah haha..

Cuaca nampak mendung, gerimis pun sudah mula terasa. Kami gagahkan juga menjayakan sukaneka kali ini. Setidak-tidak pun, majlis tukar-tukar hadiah. Takkan nak wat dalam bilik jer huhu..



Selesai majlis tukar-tukar hadiah, acara sukaneka dimulakan. Ada 2 kumpulan sahaja, iaitu Kumpulan Ikan Nemo dan Kumpulan Ikan Emas. Kumpulan manakah yang bakal juara ??

Kumpulan Ikan Nemo VS Kumpulan Ikan Emas




Hanya 3 jenis permainan sahaja dapat dijalankan. Oleh kerana gerimis semakin tebal, awan di langit pula semakin gelap , jadi kami membuat keputusan untuk tamatkan dan terus pulang. Esok di awal pagi kami akan ke sini semula untuk menamatkan cabaran sukaneka.

Selfie sebelum jalan balik

30 November 2013

Kami bersiap untuk check out awal, nak rebut tempat kat pantai Tanjung Biru, kang dah ramai orang susah lah nak bersukaneka.

10.15 pagi kami dah sampai. Tak sangka dah ramai yang sampai kat sini. Tapi taklah sesardin Pantai Teluk kemang. Seronok nampak ada yang berkhemah dan masak menggunakan dapur portable. meriah sungguh !

Di bahagian sini terdapat food court dan gerai-gerai menjual cenderahati, pakaian, peralatan berkelah dan berkhemah dan sebagainya. 

Nampaknya pertandingan memasak mee maggi dan acara sukaneka yang lain tidak boleh diteruskan, so kami semua bersarapanlah dulu di food court ini. 


Habis sarapan, Abang Zaidi, Dayah ngan Ela sahaja turun temani dan melayan budak-budak. Manakala yang lain duduk berbincang kekurangan dan kelemahan percutian kali ini. Setelah ditimbang tara berdasarkan semua aspek, kami sepakat menyatakan untuk percutian beramai seperti ini, di Telok Gong Melaka gak yang terbaik. Kami orang lelaki memang setuju jer.. Maklumlah kat sini bila waktu malam dah macam busut , takleh wat per huhu.

Keputusan dicapai, percutian ini akan disambung pada cuti sekolah bulan 3 di Telok Gong Melaka. Hati belum puas ! Kalau budak-budak nak mandi di Primaland, kami akan pergi dan balik hari, dan akan bermalam di Telok Gong sahaja. Muktamad !


Jam 12.15pm kami meninggalkan Teluk Kemang , Port Dickson. Aku dan keluarga Abang Zaidi akan ke Kota Damansara, manakala Ghani , Dayah, Abah dan Ela akan balik ke Benut. Kami ada tetamu , Mak dan Piya ! Mereka akan tinggal di KD sehingga Thaqif mendapat suntikan bulanan untuk 3 bulan.


Sejujurnya percutian kali ini kurang memuaskan kerana aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca dan lokasi yang agak terhad. Semoga perancangan bulan 3 ini berjaya sebaik mungkin.

                                                                                                                             
                                                                                                                                    Live, Laugh, Love.

No comments:

Post a Comment