• Restoran Sri Benteng Baryani Gam, Batu Pahat


    Mama telah plan kan untuk hari ini kami akan pergi ke Rengit untuk ambil IC Mak dan Abah yang telah siap. Tapi sebelum tu Mama nak lunch kat Restoran Sri Benteng Baryani Gam yang tak jauh dengan Restoran Nasi Ayam Taman Rengit Jaya. Menurut kawan-kawannya, baryani di sini sedap. Masa untuk mencuba, jom makan !

    Restoran Sri Benteng Baryani Gam
    Antara menu yang ditawarkan
    Apa yang special bagi aku kat sini adalah Baryani Gam Rusa, tapi sayang tika aku order menu ini,tiada untuk hari ini , hanya pada hari Jumaat dan Sabtu. Aduh kecewa ! So kami order menu yang biasa, ayam, daging dan kambing.

    Cara hidangan baryani daging
    Mak dan Piya berposing sebelam makan 
    Kaunter pembayaran 
    Bagi kami rasa baryani di sini sama sedap dengan restoran-restoran yang lain sekitar Batu Pahat yang pernah kami pergi. Mungkin inilah keistimewaan Baryani Batu Pahat. Untuk tempahan boleh dapatkan no telefon di gambar signage 013-7796903 / 012-7151146.

    Habis makan kami terus ke JPN yang tak sampai 1km dari restoran ini. Mujur tak ramai orang, jadi urusan sangat cepat, tapi sayang Mykid Thaqif masih belum siap lagi .

    Kedai barangan terpakai, Rengit 

    Barangan terpakai dari Singapura
    Oleh kerana masih awal lagi, kami singgah sekali lalu sdi kedai barangan terpakai yang sungguh terkenal di Rengit ini. Insya Allah ada kelapangan aku akan membuat entri penuh mengenai kedai bundle Rengit ini.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment