Saturday, January 24, 2015

Johor Premium Outlets (JPO) - Kulaijaya


Ketika ingin mendapatkan rawatan chickenpox Thaqif di Hospital Colombia Asia , kononya lepas pemeriksaan, kami akan ke sini membawa Mak window shopping. Tapi tak sangka pulak anak bujangku Thaqif terpaksa ditahan wad. Maka terbantutlah kami nak ke sini.

Bila sebut JPO , orang Johor memang tidak asinglah nama ni, lebih-lebih lagi golongan yang berada dan kaki shopping. Jadi orang macam aku ni takat window shopping lehla kat sini huhu.

JPO ini terletak di Kulaijaya yang mana terdapat 130 outlet store yang menawarkan pelbagai pakaian rekaan fesyen, pakaian sukan, kasut, barang kemas & perhiasan, barangan kulit, produk kecantikan & wangian, perhiasan ruamh dan kafe & restoran.


JPO dibuka pada 11 Desember 2011

















Seorang peminat comel lentik ingin bergambar kenangan bersama kami
Food court JPO
Perut masing-masing dah lapar, tapi kami masih tak jumpa bayang food court , so oleh kerana ada nak pergi Aeon Kulaijaya maka kami decided tuk lunch di sana sahaja.

Masa nak bayar parking fee barulah aku terjumpa food court. Ah takpe lah.. lagipun ramai orang

Sampai jer kat Aeon , kami makan dulu.. memang dah lapar giler. Mana taknya pernah berjalan kat JPO tadi. Pusing punya pusing akhirnya Kenny Rogers gak yang jadi pillihan.

Kenny Rogers Roasters
Jemput tengok semua
Muka dah kenyang

Selesai shopping di sini, kami pun bergerak pulang...




No comments:

Post a comment