• Nasi Lemak Wak Kentut, Adakah rasa sehebat namanya ?


    Ketika kami berhenti di lampu isyarat semasa mencari jalan exit tol Kulai, aku ternampak sebuah kedai yang signage berlampunya bertulis " SELAMAT DATANG KE NASI LEMAK WAK KENTUT " Aku memberitahu kepada Mama tentang kedai ini. Kedai ini memang popular di Kulaijaya. Semasa aku masih bujang dan bekerja di Senai, memang agak kerap gak makan di sini, cuma seingat aku bukan Nasi Lemak Wak Kentut namanya. Entahlah !

    Tiba-tiba semua di dalam kereta membuat keputusan drastik untuk ngeteh di sini. Wah baru je lunch ! Nampaknya Nasi Lemak Wak Kentut memang kuat plearisnya. Dah makan pun leh jadi lapar semula dibuatnya. Aku pun keluar dari lorong dan parking di tepi jalan membontoti kereta yang lain. Semestinya mereka juga pelanggan Nasi Lemak Wak Kentut.

    Orang ramai dah mula beratur menunggu giliran
    Nasi lemak yang digemari berbilang bangsa
    Meja diseberang jalan sudah dipenuhi pelanggan
    Lorong beratur menanti giliran
    Lebih 150 ekor ayam sehari digunakan untuk memenuhi permintaan pelanggan ( Astro Awani Julai 2014 )
    Mak juga tidak ketinggalan mengabdikan saat menikmati nasi lemak wak kentut
    Kesedapan nasi lemak wak kentut terletak pada ayam goreng rempahnya
    Nasi lemak wak kentut , bukan sekadar nasi lemak !
    Cuba teka apa yang kurang ?
    Walaupun baru lunch, kami tetap berjaya habiskan nasi lemak wak kentut

    Menurut artikel yang disiarkan oleh Astro Awani pada Julai 2014, kedai ini telah beberapa kali menukar nama, namun pelanggan tempatan lebih gemar menggunakan nama ini sempena nama ayah pengusaha iaitu Hairolnizam yang telah mewarisi perniagaan ini dari ayahnya Wak Kentut.

    Bagi penggemar nasi lemak ayam rempah, jangan ketinggalan untuk mencuba nasi lemak wak kentut yang terletak di Kulaijaya. Memang terbaik !

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment