• Merayap di Hujung Minggu


    Perut dah bercromok kencang minta di isi. Aku mengajak Mama lunch di The Strand aje , Sebelum ni datang ngeteh nampak lauk campurnya macam sedap . Lagipun aku suka Americano coffee kat sini. Ada umpp !!.

    Buy 1 Free 1 , ayat yang digilai wanita-wanita Malaysia
    Sampai jer The Strand Mall, kami terus ke Sam's Deli Cafe, sayangnya semua meja penuh, maklumlah memang lunch hour. Jadi kami pusing-pusing dulu hinggalah terjumpa jualan baju kanak-kanak yang dijual murah. Aku pun jadi excited bila tengok jenama semuanya branded dan dijual murah kerana saiz dah tak banyak pilihan.

    Mari abang mari akak ! RM10 satu !
    Anak Papa sabar menanti 
    Dah puas hati apa yang dibeli , kami ke cafe semula. Alhamdulillah , ada meja kosong untuk kami.

    Hidangan lunch kami di Sam's Deli Cafe, The Strand Mall
    Kaunter air
    Sandwiches station
    Inilah hasil shopping tadi. Super hero Thaqif
    Malamnya Thaqif asik terjaga dari tidur. Tidurnya hanya sekejap-sekejap. Oleh kerana perut dah lapar, maka kami turun ke Restoran Khalifah membawa Thaqif bersama jam 4.30 pagi.. Ini tak dikira pantang kelaur malam sebab dah pagi hehe.


    5,30 pagi baru kami pulang ke rumah bila si bujang ni dah layu nak tidur... 
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment