Friday, January 23, 2015

Sepetang di Pantai Punggor Batu Pahat

Petang tadi kami ke Pantai Rekreasi Punggor yang terkenal untuk aktiviti berkelah, bersiar-siar, berehat dan memancing.

Pantai Punggor yang pernah dikenali sebagai Pantai Berangan terletak hanya 6 km dari pekan Rengit dan 30 km ke selatan dari bandar Batu Pahat.

Sedihnya hati bila sampai gerimis yang menjemput kami. Mujurlah tak jadi hujan, gerimis berhenti dalam 15 minit kemudian.

Pantai Rekreasi Punggrr, Kampung Punggor, 83000 Batu Pahat 
Ngeteh sambil bertemankan angin laut memang mengasyikkan
Dah kenyang baru leh senyum bergambar
Gerai yang terdapat sepanjang Pantai Punggur
Tembok pemecah ombak sepanang 200 meter untuk menghalang hakisan
Cinta kita di Pantai Punggor

Pantai Punggor ni pasir pantainya putih.. Tapi sayang air lautnya tidak sesuai untuk aktiviti bermandi - manda .

No comments:

Post a Comment