• Ini Kisah Kami Hari Ini


    Memandangkan Anie ada di sini , lunch hari ini aku menjemput sekali adik aku Siti atau nama glam nya Sha Cat dan hubbynya Arie untuk buffet lunch di Restoran Che' Nor Cendol Madu - Buffet termurah di Malaysia. Sekaligus aku nak clearkan kupon diskaun yang ada sebelum hilang. RM10 , banyak gak tu hehe..

    Kupon diskaun bernilai RM2 sekeping dari Che' Nor Cendol Madu
    Petangnya Ani ke Sungai Buloh dengan Siti untuk membeli pokok bunga kertas yang dikirim Mak aku di Melaka. Manakala aku dan Mama membawa Thaqif ke Klinik pakar kanak-kanak di business centre sebelah rumah aku ni. Jalan kaki pun boleh. Risau gak bila tengok ruam/kurap susu ni semakin merebak.

    Apalah salahnya buat yang proper sikit

    Sampai jer rupanya kliniknya tutup. Adeh ! Hampir 2 tahun gak aku lalu lalang depan klinik ni masa office aku kat sebelahnya jer cuma di lot atas, tapi tak pernah amik tahu pun operation hours kat sini.
    Sudahnya kami pulang ajer ke rumah.


    Malamnya Mama mengajak kami makan di Bonjour Garden di Dataran Sunway. Kami pun dah lama tak makan di sini. Berkali-kali Mama pesan jangan terlebih order macam yang sebelum ni hehe.

    Nampaknya tiada rezki Anie malam ni, dah tutup rupanya. Tak tahulah kalau dah pindah lot lain, aku pun malas nak google, so kami decided tuk makan area sini juga, akhirnya restoran makanan cina juga jadi pilihan,

    Tetiba teringat kedai tom yam aku yang terpaksa kami tutup dulu. Sakitnya tuh di sini !

    1st time makan ayam pandan di sini, memang sedap
    Anak Papa dah bangun !

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment