Monday, March 30, 2015

Kembara Tanjung Sedili Kota Tinggi Johor - Part 1


Sebenarnya aku memang tak pernah dengar nama Sedili ni hinggalah adik ipar aku dipindahkan ke Maritim yang berpengkalan di sini. Menurut cerita Abah dan Biras aku, Sedili ni kampung nelayan dan ikan-ikan di pasar Kota Tinggi kebanyakkan datang dari Sedili. Menarik tu ! Dan yang lebih menarik, port memancingnya banyak.

Satu perkara yang membimbangkan aku adalah perkhidmatan jalur lebar di sini. Skema ayat aku. Aku memerlukan kelajuan sekurang-kurangnya H untuk ekses ke admin area laman web aku. Oleh kerana kami akan pulang Isnin, aku berkira-kira untuk menginap resort yang ada menyediakan perkhidmatan internet percuma pada Ahadnya nanti.


28 Mac 2015, 8.30 pagi kami bertolak dari rumah , tapi singgah bersarapan di sebuah kedai di simpang lampu isyarat. Selain menjual sarapan dan makanan tengah hari, kedai ini turut menjual pelbagai jenis kerepek, makanan sejuk beku juga kek. Ala-ala kedai One stop dah ni.



Lepas sarapan kami meneruskan jalan ke destinasi. Kami memilih jalan highway dan exit Kulai dan terus ke Kota Tinggi. Sekitar 2 jam juga kami mengambil masa untuk sampai ke sini.

Tanjung Sedili terletak di muara Sungai Sedili kira-kira 40 km dari bandar Kota Tinggi. Menurut cerita orang-orang tua tempatan, nama Tanjung Sedili asalnya ialah Tanjung Lembu, yang mana dulunya telah diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenal pasti asalnya menternak lembu disamping menjadi nelayan dan terus menetap di sini bila ternakan semakin berskala besar.

So dari mana datangnya nama Sedili ?

Mengikut pendapat orang lama, asal-usul nama Tanjung Sedili yang dibuka pada tahun 1937 adalah sempena mengambil nama seorang penduduk awal iaitu Deli yang berasal dari Siam. Pada masa yang sama ada seorang Cina bernama Pongsai yang menetap dan menjadi peniaga di tempat tersebut. Suatu hari, Deli jatuh sakit dan penduduk bertanya sesama mereka yang berbunyi "Tak tengok si Deli ke?" dan akhirnya perkataan ini dikenali dengan Sedili. Pada masa itu, perkataan pelat Pongsai juga menyebabkan Kuala Sedili mendapat nama .

Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahang iaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil. Sumber : wikipedia

Jeti Tanjung Sedili

Lepas lunch aku lari jap ke jeti Tanjung Sedili. Kawasan ini yang dulunya semestinya sangat sibuk kerana merupakan satu-satunya pengangkutan yang digunakan untuk ke Sedili Besar. Lega aku bila melihat isyart H+ terdapat di sini.

Kawasan pakir jeti yang dulunya pernah penuh dengan kereta pakir 
Antara gerai yang terdapat di jeti Tanjung Sedili
Keropok lekor Sedili

Bot penambang sebagai pengankutan utama sebelum jambatan didirikan



Jambatan yang menghubungkan antara Sedili Kecil dan Sedili Besar, sekaligus menamatkan perkhidmatan bot penambang.

Menurut cerita Pak cik yang sedang memancing bersama kawannya ini, dulu-dulu jika menyeberangi Sungai Sedili boleh melihat buaya dengan mulut terbuka luas.

Semestinya menjadi lokasi memancing yang terbaik
Petangnya kami pergi berkelah di Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay) yang terletak tidak jauh dari rumah adik ipar aku ni, tak sampai 5 KM aku rasa.  Pantai ini menurut cerita dulu penuh dengan tahi lembu, maklumlah Tanjung Lembu, tapi sekarang dah bersih dan dibangunkan sebagai pusat rekreasi.

Jalan menuju ke Pantai Teluk Mahkota ( Jason Bay )
Jason Bay Beach Resort





" Nak mandi air surut , apa pun tak boleh ! "
Poss istimewa dari Fira sebelum terjun ke laut
 Jason Bay atau nama barunya Pantai Teluk Mahkota sangat popular dahulu sebagai tempat berkelah sebelum adanya Desaru. Cuma tempatnya tidak dijaga rapi kerana penuh dengan tahi lembu.

Pantai sedang surut

Tiupan angin dari Laut China Selatan sungguh mendamaikan 
Bekalan perkelahan kami
Thaqif tak sabar nak jejakkan kaki ke pasir

Aksi dari penduduk tempatan Tanjung Sedili
Aksi kecewa tak dapat mandi, air tengah surut dan agak kotor sedikit, tak sesuai untuk kulit bayi

Oleh kerana mandi pun tak boleh, mancing pun tak dapat, bekalan pun dah habis, kami ke jeti pula untuk tunaikan hajat nak memancing ni. Mama dah lama tak rasa "kumpau" bila memancing,

Mama dan Abah mencuba nasib
Yang tak mancing duduk tengok bagai menanti bot penambang tiba
Lembaga ni gak yang sudi dengan mata kail aku ni 

Jenis ikan yang kami berjaya daratkan di Jeti Tanjung Sedili
Senja berlabuh di Tanjung Sedili

Bersambung...













No comments:

Post a Comment