• Thaqif Check Up 6 Bulan


    Jadual imunisasi

    Hari ini kami membawa Thaqif membuat check up untuk 6 bulan. Mama memang berdebar-debar dari semalam. Puasnya diukur panjang Thaqif menggunakan tali pengukur jahit baju. Maklumlah, semasa check up 5 bulan ketinggian Thaqif tidak berubah 62 cm panjang. So kalau masih sama tingginya ada kemungkinan Thaqif harus ditemukan ngan pakar. So sepanjang perjalanan ni Mama tak habis-habis berdoa , aku rasa lagi panjang dari doa tahlil huhu

    Laporan check up 5 bulan vs 6 bulan

    Alhamdulillah, semuanya naik 1 mata sahaja. Berat 6.5 kg , ketinggian 63 cm dan lilitan kepala 42 cm. Janji ada peningkatan. Fuh lega. Aku lega sebab tengok Mama lega haha. Untuk sesi kali ni Thaqif diberi suntikan imunisasi Hepatitis B untuk Dos 3  Walaupun slow and steady janji membesar dengan sihat ya Thaqif !
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment