• Makanan Pejal Pertama Thaqif- Homemade Apple Puree Dari Mama



    6 Mac 2015 | Puri Epal - Makanan pejal pertama buat anakku Thaqif

    Kurang sehari Thaqif akan berusia 6 bulan. Ini bermakna Thaqif akan mula menerima makanan pejal sebagai diet barunya selain susu badan. Tapi kami decided nak bagi hari ni juga, dah tak sabar nak tengok respond Thaqif. Lagipun kalau ikut bulan Islam Thaqif dah pun lebih 6 bulan.

    Berdasarkan bacaaan Mama di blog-blog dan forum, Mama meminta aku membelikan Epal untuk dibuat puri. So dalam seminggu ni, Thaqif akan diberi makan puri epal dan harus dilihat sama ada Thaqif sembelit atau tak.

    6  Mac 2015 | Pelbagai jenis epal namun washington paling sesuai untuk bayi

    So nak beli Epal jenis apa ? Epal macam-macam jenis. Hasil dari meng-google , Epal jenis Washington yang sangat sesuai untuk puri bayi kerana texture nya sangat halus. So keja aku sangat mudahlah, masuk kedai cari jer epal washington,

    6 Mac 2015 | Alhamdulillah, nampaknya Thaqif boleh menerimanya sebagai diet baru dirinya
    Bagi aku sebagai seorang bapa , hari ini merupakan hari yang penting buat anakku dalam proses pembesaran tubuh badannya. Semoga Thaqif membesar dengan sihat dan cergas !

    8 Mac 2015 | Hari ketiga Thaqif dijamu epal , esok Mama nak tukar buah yang lain pula
    Jangan sembelit ya !!
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment