• Alive 3D Art Gallery , Lukut Port Dickson


     Aku dapat tahu kewujudan Alive 3D Art Gallery ini secara tidak sengaja di FB melalui posting rakan FB aku. Dan masa nak pulangkan kunci tadi aku sempatlah rembat flyer tentang tempat ni. Belek punya belek macam menarik gak. Berdasarkan map di flyer, tak jauh mana pun lokasinya dari Glory Beach Resort. Landmark utamanya adalah Giant Lukut. Aku pun dah pernah ke Giant tu ketika mengambil kunci ketika bercuti di Tiara Beach Resort ( kini dikenali sebagai Premaland Resort & Convention Centre )

    Ketika kami sampai, tak ramai lagi pengunjung di sini. Mungkin masih sibuk mandi-manda atau mungkin juga tak tahu kewujudan Alive 3D Art Gallery ni.

    Tiket masuk RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Aku pun tak tahu harga ini murah ke mahal jika nak dibandingkan dengan tempat lain. Aku sempat menanyakan pada awek yang jaga kaunter ni tentang Alive 3D Art Gallery ini. Menurutnya baru dibuka pada awal bukan November 2014, Terdapat 51 keping gmabar 3D untuk diterokai. Tapi satu perkara aku tak suka, stroller tidak dibenarkan masuk, maknanya aku dan Mama akan bergilir-gilir mendukung Thaqif huhu..

    Jemput layan gambar...
    Alive 3D Art Gallery

    Alamat : No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut. 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
    Telefon : 06-6515400
    Waktu operasi: 10:00 am - 11:00 pm
    Harga tiket: Dewasa RM20, Warga emas & kanak-kanak RM15, 
    **Kemasukkan percuma bagi kanak-kanak ketinggian dibawah 90 cm 





















  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment