• KAFE Makan Time , Kota Damansara


    Sebelum kami ke The Curve, aku mengajak Mama lunch dulu di Kafe Makan Time yang terletak di Bistari De Kota , Kota Damansara. Sebenarnya kafe ni aku terperasan bila balik dari memancing udang di PRO's Prawn Park semalam.

    Pemandangan kedai dari arah hadapan. Pintu masuknya ala garden
    Senarai menu yang terdapat di sini

    Dekorasi kedai bahagian dalaman
    Bila masuk ke dalam, kami disambut dengan iringan lagu melayu klasik nyanyian Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee dan Saloma. Perabot dan dekorasinya juga semuanya berunsur klasik. Terasa seperti di kedai kopi tahun 1950 an pula.

    Inilah menu aku
    Hidangan pilihan Mama
    Ayam goreng pandan yang harus dicuba jika ke mari
    Peralatan dan perabot di sini yang berelimenkan klasik

    Kalau dari tekak aku, kopinya sangat sedap, aroma pun segar. Lepas ni kalau nak layan kopi, aku akan ajak kengkawan ke sini


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment