• Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat Nek Limah dan Fara


    4 April 2015

    Jam 9.00 kami dah keluar dari Kota Damansara menuju ke Kampung Rumbia, rumah nenekku. Perjalanan agak lancar cuma sesak sikit sebelum sampai RnR Seremban arah selatan kerana lorong laju ditutup. Entah kenapa aku pun tak tahu.

    11.15 pagi baru kami sampai. Aku tengok semua dah sibuk dengan hal masing-masing. Aku cam biasalah, terpacak menanti arahan. " Amik tu Long !" " Angkat ni Long1" " Beli ni Long!"



    Milik siapakah kaki ini?
    Sepasang cucu dari Tok Pa dan Nek Ma
    Penyambut tetamu dah bersedia nampaknya
    Tetamu mula menjamu selera
    Sampai hitam tangan Tok Pa mencari rezki membesarkan Papa dan adik-beradik 
    Kaum hawa pula menjamu selera
    " Kau jangan masukkan dalam pesbuk ya Long "
    Selamat hari lahir buat Nenek dan Fara
    Baru perasan Dak Chik muka cam Nenek
    Aku tak bermalam di rumah kerana Ela ada. Kami plan nak bermalam di hotel sekitar uptown Kota Melaka , jadi mudah sikit nak gi jalan-jalan kat uptown tu.

    Orang dah ada gigi la katakan, semua nak digigitnya
    Dah ready nak gi uptown
    Diner asam pedas sebelum menapak ke uptown Kota Melaka



    Produk yang menjadi kegemaran untuk buah tangan dari Melaka

    Menu wajib ni kalau ke sini. tapau satu wat makan tengah malam
    5 April 2015

    Paginya bila aku turun nak loading barang untuk check out, ada surat cinta pulak dari Majlis Bandaraya, Kena lagi ! Macam mana aku boleh terlupa pasal pakir ni. Kalau bayar on the spot, cuma RM30, jadi aku gagahkan diri mencari kaunter pembayaran di sekitar Menara Tamingsari.

    Kaunter bayaran saman pakir ada di sini
    Dalam perjalanan pulang ke Kota Damansara, mama ajak singgah ke Nilai 3. Memandangkan masih awal dan tiada apa yang nak dikejarkan, aku pun setuju. 

    Pukul 5.00 petang baru kami sampai rumah!!

    Seperti di Pakistan. Ali Baba oh Ali Baba...

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment