• Penang : Restoran Nasi Kandar Beratur & Jeruk Madu Pak Ali


    24 april 2015.Tepat 9.00 malam kami berkumpul di gerai atas bukit di kawasan rumah aku ni. Sambil meeting sambil makan nasi ayam berempah. Sedap lak makan panas-panas. Siap tambah ayam lagi tu.

    Lebih kurang jam 10.00 malam kami bertolak ke Penang. Destinasi kami adalah Bukit Jambul. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dengan bantuan pemandu berpengalaman Abang Shah. 01.30 pagi kami dan menyeberangi jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah iaitu jambatan ke 2 Pulau Pinang. Ini 1st time aku lalu jambatan ni. Sempatlah juga kami berhenti dan bergambar. Maklumlah  waktu sebegini 5 minit sebiji kenderaan jer yang melintas

    01.47 pagi : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
     Kami sesat juga nak mencari Vistana Hotel. Dengan bantuan Waze kami sampai juga. Setelah urusan  check in siap kami pergi ngeteh dulu di restoran mamak sekitar Vistana. Jalan kaki jer.

    Inilah bilik aku

     Restoran Liyaqatali Nasi Kandar Beratur

    Alhamdulillah, program kami selesai dengan jayanya bermula jam 11.00 pagi hingga jam 6.00 petang tadi. Malam tu 10.30 malam kami keluar mencari Restoran Nasi Kandar Beratur. Kawan-kawan dari Penang kebanyakkannya suggest tempat ni. Dengan bantuan Waze, kami cuba mencari kedai ni.

    Memang yelah nak beli kena beratur panjang
    Sejak 1943 ???? Dibuka dari jam 10.00 malam. Patutlah ramai orang beratur
    Menu yang ditawarkan
    Ini aku punya
    Masing-masing cuba mengesan apa keistimewaannya. "Macam biasa jer!!" 
    Simple jer senarai harga
     Pada kami semua rasanya cam biasa jer dengan nasi kandar di Kota Damansara ni. Mungkin hanya peminat nasi kandar sejati sahaja yang dapat mengesan kelainan di sini. Agaknya...

    Selamat pagi Pulau Pinang Pulau Mutiara
    Pemandangan dari bilik hotel
    Di Vistana Hotel ini, kami memilih penginapan berkonsepkan apartment 3 bilik. Sungguh selesa dan memuaskan. Yang penting bagi kami, perkhidmatan wifi percuma disediakan. Kalau datang ke sini dengan 3 keluarga pun masih selesa lagi menginap di sini.

    Bilik 2
    Meja makan disedakan
    Ruang tamu 
    Bilik 3
    Kolam renang
    Vistana Hotel dari arah pintu utama
    Vistana Hotel , 213, Penang, Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul, 11950 Penang, Pulau Pinang, Malaysia

    Jeruk Madu Pak Ali

    Selesai semua bayaran yang patut, 10.45 pagi kami bertolak keluar dari perkarangan hotel menuju ke bandar dalam misi Jeruk Madu Pak Ali untuk bekalan isteri tersayang masing-masing.
    ,
    seksyen timbang-menimbang

    Pelbagai jenis buah jeruk dijual di sini
    Produk selain jeruk 
    Ready pack 1/2 kg yang menjadi pilihan ramai
    Ini aku punya
    Jeruk Madu Pak Ali menguasai pasaran Malaysia. Benarkah?

    Selesai beli jeruk, kami terus pulang. Untuk jalan balik kami memilih menaiki feri. Pengalaman pertama untuk aku..

    Loading.......
    Pemandu dibenarkan keluar dari kereta

    Entah apalah yang direnungkan orang tua ni..

    Tingkat atas feri
    Kami terus pulang tanpa singgah ke mana-mana lagi. Semuanya keletihan. Masing-masing lena kecuali driver. Kami hanya berhenti di R&R Tapah untuk hidangan tengahari. Semestinya gulai tempoyak ikan patin menjadi pilihan.

    Hidangan tengahari yang menyelerakan

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment