Tuesday, April 14, 2015

SOGO ohh SOGO !


Kami ke SOGO pula memandangkan pencarian walker di tempat lain sebelum ini tidak berhasil. Jika Mama ajak ke SOGO waktu hari bekerja, 9/10 aku akan setuju. Kepala tak berserabut , nak shopping pun selesa. Kalau tak, nak naik eskalator pun kena beratur macam nak amik makanan RMT.

Sale sepanjang zaman 
Boleh buat wanita giler bila melihat banner ni
Kami terus ke level 4 bahagian bayi dan kanak-kanak. Malangnya sedang diubah suai. Untuk sementara waktu bahagian ini telah dipindahkan ke level 7.

Akhirnya jumpa juga walker idaman 2 in 1. Terus je beli tuk selesaikan masalah




Mama belanja sakan , SOGO bagi voucher RM20

Selesai load walker Thaqif di kereta, aku mula mencari port tuk lepak sambil buat kerja-kerja online aku ni. Biarlah mereka berdua ni bershopping sakan.

Kali ni aku memilih The Loaf , dulunya tempat ini Secret Recipe.

The Loaf , SOGO
Lasagna. Sungguh menyelerakan bila tengok. Geram tengok cheese nya berlapis-lapis
Memang sedap habaq hang ! Harga pun sedap juga hehe

Dari Itali aku ke Arab pula. Malam tadi kami mengadakan diner meeting di Restoran Sawarabina Kota Damansara untuk program road tour yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kami amik menu yang ada set, tak pening nak order.



Ingatkan boleh habis bila masing-masing punya tank 2.0 ke atas. Tak boleh habis juga, jadi tapau !!

No comments:

Post a comment