• Pencarian Walker Bermula


    Mama tengok aku relax jer macam tak busy, terus ajak gi Giant. Oklah .. aku pun nak servey cooler box. Member nak bayar sebab tak sempat nak pulangkan aku punya. Cantiklah tu.. leh aku beli yang kecik sikit. Kena pekakkan telinga jer lah kalau nak beli benda-benda camni.

    Hencem tak saya ??
    Macam biasalah orang perempuan, kata nak beli lain bila sampai jer benda lain yang dibelek-beleknya. Layankanlah....


    Tak banyak pilihan yang ada kat sini, apapun gambar diambil untuk panduan harga supaya senang nak bandingkan dengan kedai yang lain. Lagipun aku tak tahu yang macam mana Mama nak. For sure dia abis google tentang benda alah ni

    Pergh..  4 tahun lepas aku beli 250 tak silap , tapi kedai pancing la..
    Penghapus kolestrol

    Sedang aku beratur untuk bayar, terpandang lak Oat BG22 ni kat pintu masuk Guardian. Bende ni lah yang dimakan oleh suami kawan KUTPM aku untuk mengurangkan kolestrol. Aku pun ada masalah yang sama, apa salahnya aku beli dan cuba tul tak ? Aku snap gambar, whatsapp kat Intan tanyakan harganya betul ke range tu, manalah tahu dia beli jauh lagi murah. Confirm jer aku pun beli !


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment