• Lamanya Tak Pergi Plaza Low Yat




    Lama giler aku tak datang sini. Bukan sini jer, Plaza Imbi , Bukit Bintang pun lama tak masuk.Tahun 2006 last aku ke sini tuk beli laptop. 9 tahun tu.

    Kebetulan hari ni cuti umum ganti Wesak Day, Bro Yus ajak aku ke sini. Bagai pucuk dicita ulam mendatang aku setuju terus. Lagipun aku memang nak beli bag case tuk Surface aku dan repair screen tab Fira.

    2.30 petang kami bertolak. Perjalanan sungguh lancar. Maklumlah cuti panjang. KL jadi lengang. Tenang kepala otak sikit.


    Setelah naik turun , servey sana sini, kos nak repair tab tu lebih RM200, so Dayah tak setuju, aku pun sama. Setelah apa yang aku hajatkan dah dapat, kami pun pulang ker Kota Damansara. Thanks Abanglong Yusri.



    Malam nya lepas diner tak tahu nak wat apa, kami keluar ngeteh ke Fathimah's Kitchen di seksyen 6 Kota Damansara. Konon nak ngeteh, tapi order macam-macam. Nafsu nafsi ....
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment