• Mari Bang Mari Kak , Masuk Kak Rapat Kak !





    Kami ke Pasar pagi di Seksyen 13 Shah Alam. Di perkarangan pakir stadium Shah Alama. Sungguh tak ku sangka sampai ke tua aku akan selalu ke sini. Macam biasa bila ke sini aku akan menjeling banggunan MSU yang tersergam dan mula teringat zaman student dulu .

    Oleh kerana nak bawa Mak ke sini, kugagahkan diri bangun awal. Jam 8.00 pagi lami kami dah bertolak sebab nak rebut parking dan elak cuaca panas.

    Apa yang menarik terdapat di sini ? Bagi Mama tudung, baju baby dan seluar rasmi tidurnya         RM 5.00 . Kat Benut pun dah jual RM7 ke 8 aku pun tak ingat. Mak pun turut membeli seluar legging untuk anak cucunya.

    Kalau tanya aku, jawapan aku adalah makanan yang dijual di sini. Boleh dikatakan makanan seluruh negeri ada. Sebut jer nak makan apa , pasti ada dijual di sini.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment