Friday, May 22, 2015

Duit Sumbangan Aqiqah & Tilik Bayi ditabungkan ke SSPN-i


PTPTN akan membuka cawangannya di Pasaraya Giant Kota Damansara. Pandai juga PTPTN skang ni, buka cawangan dekat pasaraya yang semestinya tinggi trafik. Tiada alasanlah lepas ni kalau susah nak bayar atau terlupa nak bayar loan tu huhu.

Setelah tambah tolak bahagi darab, kami telah bundarkan duit Thaqif dari hasil sumbangan masa Aqigah dan tilik bayi ditabungkan di sini. Insya Allah, segala duit Thaqif akan Papa dan Mama salurkan di sini. Semoga akan datang belanja pembelajaran Thaqif dapat diringankan.

Kak Dila penuh semangat menerangkan kelebihan simpanan di SSPN-i
Mama mula mengira walaupun kat rumah dah 9 kali kira
Ada hadiah cabutan untuk penyimpan, manalah tahu anak Papa menang BMW, leh bawa gi campus
Akan dibuka dalam 3 hari lagi. Adakah Thaqif pelanggan terawal di sini ??
Alhamdulillah. Kak Dila bekalkan kami pelbagai hadiah, payung, tabung dan pen. Terima kasih daun keladi, ada duit kami ke sini lagi..

No comments:

Post a Comment