• Majlis Aqiqah Dan Kenduri Doa Selamat Muhammad Aqil Thaqif

    Awal pagi lagi semua dah sibuk dengan urusan masing-masing. Jam pukul 7.45 pagi aku terasa dah macam pukul 10.00, riuh-rendah bunyi suara makcik-makcik ni merewang. Kejap mintak itu kejap mintak ini.. Sib baiklah boleh call aja Pakcik Jaafar, delivery percuma disediakan hehe..



    Antara menu yang disediakan : Kambing bakar , kari kambing, ayam goreng rempah, dalca puyu, sayur keladi masak lemak siput, telur asin, papadom , cendol , lemang , kuih koci , kuih cara berlauk dan tapai. Buah jer takde, ntah camner aku leh lupa dan tiada siapa pun perasan atau ingatkan.

    Seawal 7.00 pagi mereka dah sampai untuk membantu

    Tengah menyiapkan menu sayur keladi masak siput


    Menu dalca puyu

    Pencuci mulut, asik bubur jer, kali ni kasi tukar cendol

    Jam 11.00  pagi kumpulan Qasidah dari Madrasah pun sampai dengan bas mini. Mujurlah mereka ada jemputan lain awal pagi tadi, jadinya mereka terus ke sini. Kalau tak 4 biji kereta gak kena gi ambil.

    Secara peribadi aku gembira kerana dapat meriahkan masjlis dengan alunan Qasidah ini. Teringat aku zaman sekolah agama dulu, kami dijemput untuk kenduri , berzanji dan sebagainya. Untuk Qasidah memang tidak ada 90 an dulu, hanya di masjid sahaja kami alunkan, itu pun tak banyak lagu berbanding sekarang ini.





    Alunan Qasidah ditamatkan dengan lagu Ya Hanana. Semestinya lagu ini diketahui ramai dan memang menantikannya. Kanak-kanak pun terikut nyanyi sama. Sebagai penutup, ustaz muda membacakan doa selamat khas untuk Thaqif , semoga Allah memakbulkan doa kami, AMIN.

    Ketika anak-anak ini menjamu selera, golongan bapa pula mengadakan tahlil ringkas dan doa selamat. Kemudian barulah mereka turun menjamu selera.





    Hidangan yang paling laris



    Sponsor by Untie Siti dan Uncle Arie
    Dapat hadiah lagi. Thanks Untie Siti dan Uncle Arie
    Tetamu mula beransur kurang selepas jam 2 petang , hanya beberapa kenalan ku dan kenalan papa sahaja yang hadir kerana menghadiri majlis lain sebelumnya.



    Secara kasarnya kos majlis ini :

    Kambing bakar : RM 1200 ( 017-6040655 untuk tempahan area Melaka )
    Kari Kambing : RM 750
    Ayam 30 ekor : RM 425
    Siput 5kg + keladi : RM 65
    Puyu : Free , Papa mancing
    Cendol 8kg + Santan : RM 107
    Kuih 300 biji : RM 90
    Lemang 30 batang : Papa sponsor
    Barang kering : RM450
    Khemah : RM 150 ( harga selepas subsidi dari Ani )
    Door gift 150 beg : Sponsor by Sha Cat dan Arie Tiger

    TOTAL = RM 3237


    Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya. Cuma kurang meriah kerana Thaqif terpaksa dikuarantinkan dari dedahan awam. Kami suami isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Papa dan Mama terutama sekali , adik beradik , serta seluruh keluarga Melaka dan Benut kerana membantu dan memeriahkan lagi majlis Aqiqah untuk anak sulung kami Muhammad Aqil Thaqif.


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment