Wednesday, February 04, 2015

Antara Wanita, Sales dan Sogo


Ada sales katanya di SOGO. Mama mengajak aku dari minggu lepas lagi untuk ke sini. So aku memilih hari ni. Aku memang nak beli Thaqifnya car seat jenis SCR 7 yang sesuai diguna pakai pada stroller SCR 6, stroller tu pun beli kat SOGO ketika ada diskaun. So lepas aku servey, kat SOGO gak harga lagi murah.

10.45 am - SOGO car park 
10.15 pagi kami bertolak dari Kota Damansara ni, kira tunggu orang semua dah masuk kerja baru kami keluar. Dalam 10.40 pagi kami dah sampai. Tersenyum unta aku bila tengok parking punyalah banyak kosong  memang kosong !.

Anniversary 21 Grand Sales
 Tapi bila masuk je perkarangan bawah ni, orang dah mula membanjiri memilih barangan yang hendak mereka beli. Up to 70% tu . AWAS ! Banner camni mampu menggilakan seorang wanita.

Wallpaper yang mendapat perhatian anakku Thaqif

Sudahnya aku tak beli car seat SCR 7 kerana warnanya Mama tak berkenan...

No comments:

Post a Comment